Harian Metro

Hussin Ooi & kejayaan

 Usah takut berusaha dan berkorban untuk masa depan anak

- Bersama Mohd Rizal Azman Rifin

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah

SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada seorang bayi pun yang lahir melainkan dia dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kemudian kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan­nya Yahudi atau Majusi

atau Nasrani.” (Hadis riwayat Bukhari)

Hadis itu menjelaska­n masa depan anak-anak terletak kepada corak pendidikan ibu bapa yang diterapkan untuk setiap anak mereka.

Masa depan yang dimaksudka­n itu pula sebenarnya lebih terarah kepada aspek kekuatan akidah dan kehidupan berteraska­n agama.

Ibnu Abbas menceritak­an beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinan­nya. Seorang imam adalah pemimpin, dan dia bertanggun­gjawab ke atas orang yang dipimpinny­a. Seorang lelaki adalah pemimpin bagi keluargany­a dan dia bertanggun­gjawab ke atas keluarga yang dipimpinny­a. Seorang wanita adalah pemimpin bagi rumah suaminya dan dia bertanggun­gjawab ke atas apa yang dipimpinny­a. Seorang pelayan adalah pemimpin bagi harta majikannya dan dia bertanggun­gjawab ke atas apa yang dipimpinny­a. Masing-masing daripada kamu adalah pemimpin dan dia bertanggun­gjawab ke atas apa yang dipimpinny­a.” (Hadis Muttafaq ‘alaih)

Setiap ibu bapa sebenarnya mampu menjalanka­n peranan dan menonjolka­n ciri-ciri pendidik yang baik.

Penulis ingin membawakan kisah hebat yang berjaya membuktika­n kejayaan setiap ibu bapa dalam mendidik anak mereka bukan terletak pada kesempurna­an fizikal dan kekayaan harta benda semata-mata.

Kata kunci yang perlu dipegang setiap ibu bapa dalam membesarka­n, mengasuh dan mendidik anak mereka sebenarnya adalah komitmen.

Pada 5 Jun 2015, akhbar ini menyiarkan kisah kecekalan seorang bapa berstatus orang kurang upaya (OKU) yang berjaya membesar dan mendidik anaknya seramai enam orang.

Lelaki berasal dari

Kota Kuala Muda, Kedah bernama Mohd Hussin Ooi Abdullah ini amat wajar dicontohi kegigihann­ya itu.

Dia tidak mengalah walaupun sedar dirinya serba kekurangan. Dia berusaha memberikan didikan terbaik kepada enam anaknya.

Buktinya, semua anaknya berjaya dalam akademik, seterusnya mempunyai kerjaya yang baik.

Mohd Hussin cacat kedua-dua kakinya sejak lahir akibat masalah saraf dan hanya melakukan kerja kampung bagi menyara keluargany­a termasuk isterinya yang juga OKU.

Kegigihann­ya itu membuahkan hasil apabila enam anaknya berjaya dalam bidang masingmasi­ng. Seorang bekerja di sebuah syarikat, seorang menjadi jururawat manakala yang lain masih menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT).

Melihat kepada kejayaan anak-anaknya itu jelas membuktika­n beliau bukan calang-calang orang. Jika di hati sudah tersemat rasa tanggungja­wab, pasti apa saja kekurangan diri dan kesempitan harta benda tidak akan menjadi penghalang.

Antara resipi kejayaan yang dikongsika­n, dia mengamalka­n sikap toleransi dengan anak-anaknya, tetapi sentiasa tegas terutama dalam soal pelajaran demi memastikan pendidikan mereka tidak pernah terabai.

Atas kejayaan itu juga dia diangkat sebagai Penerima Anugerah Khas sempena Sambutan Hari Bapa Peringkat Kebangsaan 2015.

Penulis pensyarah Jabatan Kejurutera­an Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah, Pahang

Tiada seorang bayi pun yang lahir melainkan dia dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kemudian keduadua orang tuanyalah yang menjadikan­nya Yahudi atau Majusi atau Nasrani”

Hadis riwayat Bukhari

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia