Harian Metro

Vespa ayah tinggal kenangan Mayat buruh warga Indonesia sangkut dalam longgokan sampah

- Rudy Syareme Sheriffudi­n am@hmetro.com.my

Hasrat seorang anak untuk membawa ibunya bercuti ke luar negara tidak kesampaian apabila disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pulau Pinang (HPP), tengah malam Ahad lalu.

Tan Kok Chien, 42, disahkan meninggal dunia pada jam 12.05 tengah malam ketika menerima rawatan selepas mengadu sakit dada dan sukar untuk bernafas.

Ibunya, Chew Kim Kee, 63, berkata, anak sulung daripada empat beradik itu memberitah­unya agak keletihan selepas pulang dari kerja pada jam 6.30 petang Sabtu dan dia berehat seketika di sofa sebelum mereka sekeluarga makan malam bersama-sama.

Katanya, selepas selesai makan malam, Tan mengadu sakit belakang dan meminta adik perempuann­ya mengurut sebelum mengalami peluh berlebihan.

“Saya kemudian menghantar ke HPP untuk pemeriksaa­n dan rawatan lanjut sebelum Tan tiba-tiba bertukar menjadi tenat dan sukar untuk bernafas sebelum doktor memberi rawa- tan kecemasan dan kemudian mengesahka­n dia meninggal dunia.

“Pemergian Tan satu kehilangan amat dirasai kerana menjadi dia nadi utama keluarga selain kami hilang tempat bergantung selama ini,” katanya ketika ditemui di Mt Eskrine Crematoriu­m Cremation, malam kelmarin

Chew berkata, Tan ada berhasrat untuk membawanya pergi bercuti di Thailand dan United Kingdom tidak lama lagi, selain ingin membeli sebuah Vespa kepada ayahnya namun hasrat itu tidak kesampaian.

“Lebih memilukan apabila Tan ada membeli seutas gelang tangan sebagai hadiah kepada saya sempena sambutan Hari Ibu baru-baru ini,” katanya.

Sementara itu, sahabat baik mendiang, Keith Scully berkata, pemergian Tan adalah satu kehilangan besar dalam hidupnya kerana dia seorang sahabat baik dan suka menolong orang.

Menurutnya, kali terakhir dia berjumpa Tan sewaktu bersama-sama turun padang dalam program kebajikan pasca banjir Penang Streets Bikers (PSB), minggu lalu. Mayat buruh binaan warga Indonesia yang terjatuh ke dalam sungai ketika memancing bersama rakan di tapak pembinaan jambatan di Kemunting, kelmarin, ditemui terperangk­ap dalam longgokan sampah, semalam.

Mayat mangsa Ahlul

Zikri, 24, ditemui pasukan penyelamat dalam keadaan tertiarap dan lengkap berpakaian pada 9.45 pagi tidak jauh dari lokasi dia dilaporkan jatuh.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, mayat mangsa dibawa naik pasukan penyelamat dan . dihantar ke Rumah Mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, untuk

 Lelaki disahkan meninggal dunia ketika terima rawatan selepas mengadu sakit dada

bedah siasat.

“Siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa sedang memancing bersama seorang rakan selepas pulang dari kerja sebelum terjatuh ke dalam sungai,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, rakan mangsa yang menyaksika­n kejadian itu tidak mampu berbuat apa-apa sebaliknya hanya melihat mangsa tenggelam ke dalam sungai.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sudah ditutup dan polis mengucapka­n ribuan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan

Awam Malaysia (APM) yang terbabit dalam SAR.

 ??  ?? RAKAN baik mendiang Tan dari Penang Streets Bikers hadir memberi penghormat­an terakhir.
RAKAN baik mendiang Tan dari Penang Streets Bikers hadir memberi penghormat­an terakhir.
 ??  ?? ANGGOTA bomba membawa keluar mayat Ahlul Zikri yang terperangk­ap dalam longgokan sampah, semalam.
ANGGOTA bomba membawa keluar mayat Ahlul Zikri yang terperangk­ap dalam longgokan sampah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia