Harian Metro

‘NIAT KE ARAH ITU TETAP ADA’

- Riadz Radzi

Selepas tidak lagi bersama Wings sejak Ogos tahun lalu, gitaris Joe enggan menoleh ke belakang lagi.

Bukan masanya untuk meratap kecewa, jauh sekali untuk berdendam. Yang penting, Joe terus positif dan kini nampaknya semakin kukuh dengan band barunya, Prime Domestic.

Bersama Prime Domestic yang turut dianggotai bekas gitaris handalan Search, Hillary Ang serta individu berbakat besar iaitu Aweera (penyanyi), Fauzi (bass) dan Ainol (dram), mereka juga bakal mencetus fenomena dalam dunia rock tempatan.

Ketika ramai yang mengeluh industri muzik tempatan dikatakan semakin merudum, tetapi Prime Domestic berfikir sebaliknya. Hasrat peminat untuk melihat penyanyi dan pengacara Marsha tampil berhijab selepas mengerjaka­n umrah nampaknya tidak kesampaian.

Berpeluang bertemu Marsha usai program

Gegar Vaganza 4 Ahad lalu, Marsha dilihat tenang saat ditanya mengenai hijab dan pengalaman­nya sewaktu di Tanah Suci.

Kata Marsha, dia percaya pintu hatinya akan terbuka untuk bertudung apabila sampai masa.

“Insya-Allah saya akan berubah ke arah itu. Sekarang saya masih mendalami ilmu agama sebelum melangkah ke fasa yang lebih besar dalam hidup,” katanya.

Kata Marsha, dia tidak pernah marah atau terkilan apabila ada pihak mempersoal­kan pendiriann­ya selepas ke Tanah Suci bersama suami dan keluarga mentua pada 1 November lalu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia