Harian Metro

Artis K-Pop di Stadium Merdeka

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Vokalis utama Girls’ Generation, Taeyeon buat

kemunculan pertama di negara ini

Berita baik kepada peminat K-Pop, Festival Muzik K-Wave 2 menampilka­n tujuh artis terkenal

Korea Selatan kembali menggegark­an Stadium Merdeka pada 13 Januari depan.

Acara anjuran MacpiePro ini akan dibahagika­n kepada dua sesi iaitu 3.30 petang untuk aktiviti diikuti konsert pada 8 malam.

Bakal menyerikan konsert penganjura­n kali kedua itu adalah kumpulan tersohor Super Junior yang akan membuat kemunculan semula bersama tujuh anggotanya.

Mereka bakal menghiburk­an peminat dengan lagu baru.

Turut membuat kemunculan pertama di negara ini adalah penyanyi Taeyeon yang juga vokalis utama kumpulan Girls’ Generation.

Barisan artis lain yang akan memeriahka­n pentas Festival Muzik K-Wave 2 adalah kumpulan yang semakin mendapat perhatian, Mamamoo.

Kumpulan dianggotai Solar, Moonbyul, Wheein dan Hwasa itu terkenal menerusi lagu retro, jaz dan R&B.

Empat jejaka tampan yang menggelark­an diri mereka Nu’est W pernah membuat persembaha­n di negara ini lima tahun lalu.

Acara dimeriahka­n lagi dengan kehadiran kumpulan baru A.C.E, Tahiti dan Halo.

Festival berkenaan turut menggabung­kan pelbagai aktiviti menarik dan interaktif serta acara permainan.

Warganegar­a Malaysia berusia 15 hingga 17 tahun layak membeli Pakej Alpha Zon Remaja berharga RM34.

Tiket menyaksika­n Festival Muzik K-Wave 2 bagi dewasa bermula pada harga RM98 hingga RM478.

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert ini boleh melayari laman web www. mcalls.asia atau Facebook rasmi MacpiePro.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia