Harian Metro

Ajak uji ketahanan mental, fizikal

-

pelanconga­n sukan negara kerana ia mampu menarik kehadiran pelancong tempatan serta asing melawat Malaysia.

Lokasi aktiviti lasak seperti di Gunung Kinabalu, Sabah giat mengadakan cabaran larian ke kawasan pergununga­n berkenaan dan ia menjadi tarikan kepada pelancong sukan untuk mencuba ketahanan mental serta fizikal diri masing-masing menakluki puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara itu dengan catatan masa paling pantas.

Sekiranya bercerita berkenaan acara larian gunung, ia juga akan dikaitkan dengan cabaran larian denai yang kini menjadi aktiviti baru kepada pelari maraton untuk mencuba daya tahan diri menerokai trek larian di kawasan hutan atau denai.

Antara lokasi yang popular di kawasan Semenanjun­g ialah di Hulu Langat di Selangor, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang dan kawasan pergununga­n yang lain seperti Merapoh, Pahang.

Acara sukan lasak membabitka­n larian berhalanga­n juga menjadi gaya terbaru terkandung dalam segmen sukan berkenaan dan perkara ini dapat dilihat seperti penganjur antarabang­sa Reebok menganjurk­an Spartan yang menjadi siri tahunan di Malaysia.

Baru-baru ini, jenama sukan ekstrem antarabang­sa, Ironman baru saja melabuhkan tirainya bagi siri 2017 yang berlangsun­g di Pulau Langkawi dan disertai ribuan peserta dari pelbagai negara.

Seperti yang diketahui umum dalam kalangan atlet sukan lasak, acara Ironman memerlukan lokasi kejohanan yang inklusif iaitu mempunyai laluan denai, jalan darat yang baik serta pantai sesuai untuk peserta melakukan disiplin larian, berbasikal dan renang.

Memandangk­an

Malaysia mempunyai pelbagai gunung batu, ia

Acara sukan lasak membabitka­n

larian berhalanga­n antara aktiviti terkini tarik pelancong

 ??  ?? PARAGLIDIN­G antara sukan rekreasi lasak yang menarik di Sabah.
PARAGLIDIN­G antara sukan rekreasi lasak yang menarik di Sabah.
 ??  ?? ACARA larian denai di Malaysia semakin mendapat perhatian orang ramai.
ACARA larian denai di Malaysia semakin mendapat perhatian orang ramai.
 ??  ?? MALAYSIA juga mempunyai keunikan pantai dan laut untuk aktiviti sukan menyelam.
MALAYSIA juga mempunyai keunikan pantai dan laut untuk aktiviti sukan menyelam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia