Harian Metro

Ada langsung tak kenal huruf

- DARI MUKA H53

Menurut Musa, idea mengadakan kelas itu bermula apabila dia berusaha untuk membantu masyarakat supaya celik membaca al-Quran.

“Kelas ini juga sebagai platform untuk golongan dewasa yang malu hendak mengaji supaya dapat memulakan pengajian di tempat yang sesuai.

“Kelas kami bermula dengan mengaji Iqra’ menggunaka­n cara yang sistematik bagi memudahkan pelajar yang menyertai kelas ini,” katanya.

Musa berkata, ada di antara pelajarnya yang langsung tidak boleh mengaji dan tidak mengenal huruf namun semua itu dibantu sepenuhnya tenaga pengajar.

“Kami mempunyai 32 tenaga pengajar dan lima urus setia terdiri daripada penuntut Fakulti Pengajian Islam UKM. Setiap tenaga pengajar sudah melalui proses penapisan dan kebanyakan mereka adalah keluaran Darul Quran yang menghafaz 30 juzuk alQuran,” ujarnya.

Menurutnya, syukur sehingga kini, lebih 200 pelajar lelaki dan wanita sudah mendaftar dan mengikuti kelas pengajian ini yang dijalankan setiap Selasa bermula jam 9 malam di aras satu Masjid UKM.

MODUL PEMBELAJAR­AN

SISTEMATIK

Bermula September tahun lalu, kelas pengajian itu menggunaka­n modul pembelajar­an sistematik yang menjadikan setiap pelajar lebih mudah memahami dan cepat mempelajar­i setiap ilmu yang diajar.

Musa berkata, pihaknya menggunaka­n tiga modul pembelajar­an iaitu tahap pertama adalah asas bacaan Iqra’, kedua adalah latih tubi bacaan al-Quran dan tahsian bacaan manakala tahap ketiga pelajar diperkenal­kan dengan kelas tajwid formal.

“Disebabkan ini adalah kelas pengajian dewasa, kami berusaha memastikan setiap pelajar dapat mengenal huruf iaitu dengan menumpukan kepada individu di kelas asas bacaan Iqra’.

“Kami juga menggunaka­n modul berbentuk halaqah iaitu seorang guru untuk empat hingga tujuh peserta dalam setiap sesi pengajian,” katanya.

Menurutnya, pihaknya gembira dengan sambutan diterima di mana rata-rata pelajar adalah golongan bekerjaya.

“Kami mempunyai pelajar seawal usia 18 tahun sehingga 60 tahun dan ratarata mereka sangat komited serta bersungguh-sungguh belajar mengaji al-Quran.

“Syukur, hampir setiap minggu kami menerima pendaftara­n pelajar baru yang mana yuran dikenakan adalah RM15 untuk pendaftara­n dan yuran pengajian RM110 setahun atau boleh dibayar secara ansuran RM10 setiap bulan,” ujarnya.

Musa berkata, sesiapa saja yang berminat dan mempunyai keinginan untuk belajar mengaji boleh menyertai kelas itu dan proses pendaftara­n boleh dibuat terus di meja pendaftara­n apabila tiba di situ.

“Jika dibuat penelitian, kebanyakan peserta yang menyertai kelas ini memulakan pengajian dengan Iqra’ satu sehinggala­h mereka dapat membaca ayat suci al-Quran dengan baik dan lancar.

Guna modul pembelajar­an Iqra’ bagi mudahkan

peserta

 ??  ?? MUSA ketika di Masjid UKM.
MUSA ketika di Masjid UKM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia