Harian Metro

Gaya hidup lebih sihat

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

BHPetrol Orange Run 2017 beri keseronoka­n selain berbakti kepada

masyarakat

Aktiviti berbentuk kesihatan bukan saja dapat memupuk budaya hidup sihat kerana dalam masa sama ia antara platform terbaik untuk menyatu padukan masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

Antara yang menarik adalah acara larian tahunan BHPetrol Orange Run 2017 anjuran BHPetrol dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Affin Bank yang kembali untuk tahun ke-12 berturut-turut.

Program itu dijalankan untuk menggalakk­an rakyat Malaysia mengamalka­n gaya hidup lebih sihat dan dalam masa sama menabur bakti kepada masyarakat yang memerlukan.

Pengarah Urusan BHPetrol Tan Kim Thiam berkata, pihaknya amat gembira kerana dapat menganjurk­an acara larian yang cukup bermakna itu.

“Selama 12 tahun berturut-turut, Orange Run adalah platform untuk orang ramai menyertai acara larian yang menyeronok­kan, mengekalka­n tahap kesihatan yang baik dan memberi kesan positif kepada masyarakat dengan mengumpul dana untuk tujuan amal.

“Kami teruja kerana selepas sekian lama, begitu ramai peserta berkumpul di sini demi menyertai program kebajikan. Kami juga berharap dapat meneruskan larian ini untuk tahun-tahun akan datang,” katanya.

Selepas tamat larian, Timbalan Pengerusi/ Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Holdings Berhad Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin menyampaik­an sumbangan RM30,000 kepada Yayasan Kebajikan Dan Perkhidmat­an Perubatan Malaysia, Persatuan Rumah Kanakkanak Ini Disayangi dan Persatuan Sindrom Down Malaysia dengan setiap pertubuhan menerima sumbangan RM10,000.

Acara larian yang bermula dari pusat belibelah The Curve, Mutiara Damansara itu menarik lebih 5,000 penyertaan. Ia dibuka kepada semua individu berusia 13 tahun dan ke atas. Untuk menggalakk­an penyertaan daripada segenap lapisan masyarakat, larian ini terbahagi kepada lapan kategori, iaitu Terbuka Lelaki & Veteran, Terbuka Perempuan & Veteran, Kanak-Kanak Lelaki & Perempuan, dan Terbuka Antarabang­sa Lelaki & Perempuan.

Pemenang bagi semua kategori menerima hadiah keseluruha­n bernilai RM50,000 bersama baucar BHPetrol.

BHPetrol Orange

Run 2017 memberi keseronoka­n kepada peserta dan keluarga yang datang bersama-sama untuk memberi semangat dan sorakan. Orang ramai turut terhibur dengan pelbagai aktiviti sampingan lain seperti tawaran produk dan pemberian produk contoh BHPetrol, Affin Bank, NestlÈ dan Lucozade.

 ??  ?? ANTARA peserta yang menyertai acara larian tahunan BHPetrol Orange Run 2017.
ANTARA peserta yang menyertai acara larian tahunan BHPetrol Orange Run 2017.
 ??  ?? ACARA larian amal yang menyihatka­n tubuh.
ACARA larian amal yang menyihatka­n tubuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia