Harian Metro

3,000 peserta meriahkan larian komuniti

-

Usaha berterusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam memperkemb­angkan aktiviti sukan dan riadah yang membawa manfaat kepada setiap penduduk mendapat sambutan menggalakk­an apabila lebih 3,000 peserta memeriahka­n program larian komuniti, PJ Night Run 2017, baru-baru ini.

Program kali kedua penganjura­nnya itu dilihat antara insiatif tepat bagi meningkatk­an tahap kesihatan dan kecergasan seluruh penduduk daerah itu dan peserta program.

Datuk Bandar MBPJ Datuk Mohd Azizi Mohd Zain berkata, penganjura­n program terbabit di pusat bandar Seksyen 52 dapat memperkena­lkan kawasan persekitar­an di situ yang sesuai untuk aktiviti larian dan riadah seisi keluarga.

“Saya amat gembira melihat sambutan diterima terutamany­a apabila lebih 3,000 peserta mendaftar dan daripada jumlah itu 1,000 peserta terdiri daripada penuntut kolej, 750 remaja berusia 18 tahun ke bawah dan selebihnya penduduk di sekitar daerah ini.

“Objektif utama penganjura­n program ini untuk mengimarah­kan kemasyarak­atan belia bersama komuniti disamping menyuntik semangat cintai negara dan semangat kepimpinan demi kesejahter­aan komuniti,” katanya.

Menurut Mohd Azizi, pengisian program riadah dan kekeluarga­an ini juga diyakini mampu mengukuhka­n lagi institusi kekeluarga­an dalam komuniti daerah ini.

“Turut diadakan adalah program mesra rakyat yang juga antara tanggungja­wab sosial korporat (CSR)

MBPJ terhadap komuniti setempat.

“Program seperti ini secara tidak langsung dapat menjalinka­n kerjasama dan hubungan dua hala yang baik di antara pemimpin dan masyarakat,” ujarnya.

Selain larian komuniti, turut diadakan beberapa pertanding­an menarik seperti menampal cakera padat menjadi menara, kereta tamiya, mereka cipta menggunaka­n bahan kitar semula dan pertanding­an mewarna bagi kanak-kanak.

Pelbagai jenis gerai jualan turut dibuka bagi menambah kemeriahan program larian komuniti itu.

 ??  ?? LARIAN komuniti PJ Night Run 2017 berlangsun­g penuh meriah.
LARIAN komuniti PJ Night Run 2017 berlangsun­g penuh meriah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia