Harian Metro

Diiktiraf minuman pilihan rakyat

-

Vitagen mahu membawa masyarakat ke arah kehidupan yang lebih baik dengan mengubah gaya hidup dan pemakanan termasukla­h dalam pengambila­n minuman berkultur yang banyak memberi manfaat kepada seisi keluarga tanpa mengira batas usia.

Pengurus Pemasaran Vitagen Yap Jay Queen berkata, pihaknya akan terus meneroka lebih banyak saluran untuk berinterak­si dengan pelanggan setia dan baru serta meluaskan jangkauan ke pasaran yang belum diterokai.

“Sejak penubuhan kami pada 1977, kami sentiasa membawa prinsip bahawa langkah pencegahan lebih baik daripada menyembuhk­an.

“Ia sentiasa diingatkan dalam semua saluran komunikasi kami, di mana kami sentiasa bercakap mengenai kepentinga­n dan manfaat kesihatan pencernaan yang baik,” katanya.

Menurutnya, pada tahun ini, Vitagen menjalanka­n kempen yang memfokuska­n kepada kesihatan usus dan kesannya terhadap kesihatan, emosi dan kepekaan mental seseorang.

“Kami gembira apabila diiktiraf sebagai pilihan rakyat Malaysia dan ingin merakamkan setinggiti­nggi penghargaa­n kepada seluruh rakyat negara ini yang menyokong dan mempercaya­i jenama Vitagen. Kami akan terus memenuhi kemahuan dan keperluan rakyat Malaysia.

“Kemenangan tahun ini di Anugerah Jenama Putra itu adalah satu pencapaian membanggak­an dan saya mengucapka­n ribuan penghargaa­n kepada rakan yang bersamasam­a bekerja keras dalam membina jenama untuk Vitagen,”ujarnya.

 ??  ?? YAP (dua dari kiri) dan Pengurus Besar Vitagen, Poh Eng Lip (enam kanan) serta barisan pengurusan tertinggi Vitagen ketika Anugerah Jenama Putra 2017, baru-baru ini.
YAP (dua dari kiri) dan Pengurus Besar Vitagen, Poh Eng Lip (enam kanan) serta barisan pengurusan tertinggi Vitagen ketika Anugerah Jenama Putra 2017, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia