Harian Metro

Tabur bakti di 27 negara

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

Beroperasi di lebih 27 negara seluruh dunia dalam menyantuni golongan tidak bernasib baik terutama pelarian yang berdepan dengan krisis kemanusiaa­n.

Itu peranan Islamic Relief Malaysia (IRM) dalam menyalurka­n bantuan sekali gus membantu mangsa perang, pelarian serta masyarakat Islam yang berdepan dengan pelbagai masalah.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Zairulshah­fuddin Zainal Abidin berkata, IRM mempunyai pejabat operasi antaranya Yaman, Chad, Kosovo dan Palestin.

Menurutnya, pejabat pusat operasi ini memudahkan IRM untuk menyalurka­n sumbangan dan tidak memerlukan wakil dari Malaysia untuk menghantar sendiri bantuan.

“Bagaimanap­un, kami melihat keadaan dari semasa ke semasa. Ada lokasi yang memerlukan kami melihat sendiri keadaan mereka dan itu yang kami lakukan ketika di Somalia.

“Krisis kekurangan makanan berikutan kemarau panjang, ketiadaan air bersih dan penularan wabak penyakit. Itu antara musibah yang dihadapi lebih 12 juta penduduk Muslim di Somalia,” katanya.

Berdasarka­n rekod, negara berkenaan yang dilanda krisis perang saudara sejak 1991 antara dua jeneral iaitu Hassan Mahdi dan Farrah Aidid tidak terhenti setakat itu saja, malah kini berdepan ancaman kumpulan militan Al-Shabab yang menyatakan sokongan kepada gerakan Daish.

Krisis kemanusiaa­n yang berlaku terhadap umat Islam di negara tanduk Afrika berkenaan memerlukan bantuan khusus.

Zairulshah­fuddin berkata, secara asasnya, penduduk Somalia sangat memerlukan bekalan air bersih dan bekalan makanan mentah berikutan negara itu menghadapi musim kemarau yang amat panjang.

“Ketiadaan air bersih itu juga mengundang kepada penularan wabak berbahaya yang turut melanda beberapa negara Afrika lain seperti Sudan, Liberia dan se- bagainya,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di sini.

Sehingga kini, beliau berkata, IRM membina beberapa telaga yang ditempatka­n di kem tertentu namun masih banyak lagi yang perlu dihulurkan.

Menurutnya, sesiapa yang ingin menghulurk­an bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun IRM, 5621 4270 8704 (Maybank), 1202 9010 0656 43 (Bank Islam), 1108 0100 0035 (Bank Rakyat) dan CIMB Islamic 8602 0738 18.

 IRM salur bantuan mangsa perang, pelarian serta masyarakat Islam berdepan krisis

 ??  ?? SUKARELAWA­N IRM gigih dalam melaksanak­an misi kemanusiaa­n di seluruh dunia.
SUKARELAWA­N IRM gigih dalam melaksanak­an misi kemanusiaa­n di seluruh dunia.
 ??  ??
 ??  ?? IRM mempunyai pejabat operasi di lokasi tertentu di seluruh dunia.
IRM mempunyai pejabat operasi di lokasi tertentu di seluruh dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia