Harian Metro

Jatuh cinta misi kemanusiaa­n

-

Kuala Lumpur: Hanya mahu mencari kerja pada peringkat awal namun terus ‘jatuh cinta’ dalam kesukarela­wanan terutama menyantuni golongan yang tidak bernasib baik.

Itu sebahagian kisah seorang gadis yang juga sukarelawa­n Islamic Relief Malaysia (IRM) Nor Zafirah Zahari yang pada mulanya hanya mahu mencari kerja sebelum mengenali dunia sebenar misi kemanusiaa­n.

Nor Zafirah berkata, pada mulanya ia adalah sesuatu yang tidak disengajak­an kerana ketika itu hanya berniat untuk men- cari kerja.

“Memang saya akui ketika itu niat ingin bekerja dan akan menerima apa saja peluang yang datang. Namun, tidak sangka, peluang ‘hanya untuk bekerja’ itu bertukar menjadi sebahagian cinta saya dalam misi kemanusiaa­n ini.

“Selepas diterima bekerja bersama IRM, minat dan sayang itu mula timbul sedikit demi sedikit. Kini, jujur saya katakan bahawa ia sebahagian daripada hidup saya,” katanya kepada Harian Metro.

Nor Zafirah berkata, kerja bakti seumpama ini menawarkan pengalaman yang cukup berharga dan ia tidak boleh diperoleh di mana-mana tempat kerja lain.

Sebelum menyertai IRM, menurutnya, dia ada menyertai beberapa program ke Jordan dan Bangladesh.

“Biarpun ia hanya secebis pengalaman kecil sebelum menyertai IRM namun saya mendapat gambaran awal terutama dalam program misi kemanusiaa­n.

“Apa yang boleh saya katakan bahawa sukarelawa­n misi kemanusiaa­n ini bukan untuk seronok-seronok saja tetapi lebih kepada merasai penderitaa­n mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia