Harian Metro

Swafoto cari nahas

- Norizuan Shamsuddin am@hmetro.com.my

 Lelaki mahu ambil gambar panjat pencawang elektrik

Hanya kerana mahu memuat naik gambar swafoto unik di media sosial sempena sambutan hari lahir, seorang lelaki berusia 26 tahun bertindak memanjat pencawang elektrik setinggi hampir 100 meter berdekatan sebuah hotel terkenal di Bangsar di sini, semalam.

Bagaimanap­un, tindakan lelaki terbabit mengempark­an orang ramai kerana menyangkak­an individu itu mahu membunuh diri lalu memaklumka­n kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan pihak polis bagi mendapatka­n bantuan.

Difahamkan, anggota polis dan bomba mengambil masa satu jam untuk memujuk sebelum lelaki terbabit turun ke bawah dengan selamat.

Pengarah JBPM Kuala Lumpur Khiruddin Drah- man berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumka­n kejadian pada jam 5.29 petang sebelum lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai dikerahkan ke lokasi bagi memberikan bantuan.

“Setibanya di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati terdapat seorang lelaki memanjat pencawang elektrik.

“Bagaimanap­un, dia bertindak turun selepas dinasihati anggota polis dan bomba menggunaka­n pembesar suara, di mana pada masa sama anggota bomba lain membuat persediaan sekiranya berlaku perkara tidak diingini,” katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati lelaki itu mendakwa memanjat pencawang elektrik berkenaan untuk mengambil gambar swafoto sempena sambutan hari lahirnya, semalam.

Katanya, lelaki terbabit tidak mengalami kecederaan dan diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.

 ??  ?? LELAKI yang memanjat pencawang elektrik untuk kenangan hari jadi, semalam.
LELAKI yang memanjat pencawang elektrik untuk kenangan hari jadi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia