Harian Metro

Lelaki masuk kedai tunjuk anu

-

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat menjejaki seorang lelaki berusia 30-an selepas menunjukka­n kemaluan kepada juruwang wanita di kaunter bayaran kedai serbaneka di Buloh Kasap di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat Superinten­dan Raub Selamat berkata, perbuatan tidak senonoh lelaki itu jam 2.45 pagi itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan.

Katanya, suspek terlebih dulu dilihat berlegar-legar di kaki lima bangunan kedai di situ sebelum masuk ke dalam premis kedai serbaneka terbabit.

“Di dalam premis, lelaki itu dilihat membuka dan melondehka­n seluar sehingga ke paras betis sambil menunjukka­n kemaluanny­a selama beberapa minit kepada juruwang wanita berusia 23 tahun di kaunter pembayaran,” katanya.

Katanya, selepas melakukan perbuatan tidak senonoh itu, suspek berlari keluar premis menaiki kenderaan tidak dikenal pasti.

Raub berkata, polis meminta orang awam atau saksi kejadian menghubung­i IPD Segamat di talian 07-9324222 atau 07-9312222 untuk membantu siasatan.

Sementara itu, juruwang yang mahu dikenali Yana berkata, lelaki terbabit pernah ke kedai serbaneka itu beberapa kali sebelum ini.

Katanya, ketika kejadian ada kakitangan lain di premis berkenaan, tetapi tidak menyedari perbuatan suspek.

Kejadian itu pertama kali berlaku sejak dia bekerja di premis itu beberapa bulan lalu serta mengaku bimbang sekiranya lelaki itu kembali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia