Harian Metro

Tuah robot kereta

- Mahaizura Abd Malik am@hmetro.com.my

 3 pelajar SMK Gombak Setia juara kategori Secondary WRC 2017

Kecekapan robot kereta menyempurn­akan tugas dalam masa ditetapkan melayakkan tiga sahabat dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gombak Setia muncul juara kategori dalam pertanding­an

semalam. Ketua Kumpulan 42, Muhammad Arif Erman, 14, berkata, dia bersama rakan- nya, Muhammad Hafizam Masril dan Ahmad Aiman Nor Azam, 14, perlu memprogram­kan sebuah robot kereta yang diberikan penganjur bagi melengkapk­an tiga tugasan dalam tempoh tiga jam.

“Kami menggunaka­n segala ilmu yang dipelajari daripada kelas intensif robotik sejak awal Januari lalu untuk memprogram­kan robot berkenaan melalui komputer riba.

“Masa diberikan singkat yang mana setiap tugasan perlu diselesaik­an dalam tempoh sejam.

“Alhamdulil­lah kami mampu memprogram­kan robot itu dengan lengkap hingga berjaya menyelesai­kan tugasan melontar bola hingga menjatuhka­n kotak, menolak barang dan mengesan dinding dalam jarak 10 sentimeter dalam tempoh sejam setiap tugasan,” katanya selepas Majlis Penutup WRC 2017 di Asia Pasific University of Technology & Innovation (APU), di sini, semalam.

Hadiah kemenangan berupa trofi dan sijil disampaika­n Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Turut hadir, Pengarah Urusan World of Robotics Sdn Bhd Lee Yew Kein dan Ketua Pegawai Eksekutif APIIT Education Group Datuk Dr Parmjit Singh.

Seramai 575 pelajar dari 231 pasukan membabitka­n 90 sekolah Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Kedah mengambil bahagian dalam pusingan kelayakan pertanding­an WRC 2017 yang bermula Sabtu lalu. Program UMNO Bantu Rakyat 2.0 di dua kawasan di Pahang, kelmarin mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat.

Program anjuran

Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BIKUM) itu bertujuan mendekati dan meringanka­n beban rakyat khususnya golongan kurang berkemampu­an.

Di Pekan, lebih 2,000 penduduk memenuhi pekarangan Masjid Kampung Tanjung Medang Hilir seawal jam 8 pagi untuk menyaksika­n majlis pelancaran program yang disempurna­kan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Selain penyerahan pelbagai sumbangan dan bantuan pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i), Najib turut meluangkan masa melawat dua keluarga yang menerima bantuan pemeriksaa­n pendawaian elektrik dan dekorasi rumah.

Turut disediakan, klinik pemeriksaa­n kesihatan dan gigi percuma, pameran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta perkhidmat­an servis motosikal oleh

GiatMARA.

Suri rumah, Norlida Bakri, 45, berkata, dia tidak melepaskan peluang berkunjung ke program itu untuk mendapatka­n pemeriksaa­n kesihatan gigi percuma.

Katanya, kos untuk mendapatka­n pemeriksaa­n serta rawatan gigi di klinik swasta di bandar sememangny­a mahal dan tidak semua penduduk kampung sepertinya mampu membiayain­ya.

“Program seperti ini memberi peluang kepada rakyat khususnya yang berada di luar bandar untuk melakukan pemeriksaa­n secara percuma serta mendapatka­n nasihat kesihatan yang diperlukan.

“Ia jelas memudahkan kami kerana tidak perlu ke bandar untuk mendapatka­n pemeriksaa­n,” katanya.

Di Temerloh, ibu tunggal, Juli Suriana Kasim, 36, dari Kampung Bolok Hulu, Lanchang, gembira kerana rumah peninggala­n arwah ibunya kini lebih ceria dengan sumbangan hiasan dekorasi rumah daripada Pergerakan Puteri UMNO.

Juli berkata, pendapatan sebagai pengawal keselamata­n tidaklah seberapa dan mereka sekeluarga tidak dapat menghiasi rumah dengan sempurna.

“Saya tidak sangka dipilih menerima bantuan ini. Alhamdulil­lah, dengan sumbangan langsir, tikar getah serta beberapa hiasan lain yang diterima, rumah kami semakin ceria,” katanya ketika menerima kunjungan Pengerusi BIKUM Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua UMNO Bahagian Temerloh

Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin, kelmarin.

Sementara itu,

Shamsul Anuar dan

Mohd Sharkar turut menziarahi pesakit angin ahmar, Yah Mohamad, 70, di Kampung Bolok Hilir, Lanchang.

 ??  ?? DARI kiri, Muhammad Arif, Ahmad Aiman dan Muhammad Hafizam dari SMK Gombak Setia yang menjuarai ketegori Junior WRC 2017, semalam.
DARI kiri, Muhammad Arif, Ahmad Aiman dan Muhammad Hafizam dari SMK Gombak Setia yang menjuarai ketegori Junior WRC 2017, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia