Harian Metro

Kuasai pasaran LPG

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

 PDB komited terus jadi peneraju dalam segmen gas memasak

Petronas Dagangan Berhad (PDB) komited untuk terus menjadi peneraju dalam segmen gas memasak di Malaysia dengan penguasaan pasaran lebih kurang 50 peratus dan yakin dapat mencapai pertumbuha­n signifikan.

Pengurus Besar Bahagian Perniagaan Gas Petroleum Cecair (LPG), Ramzulhaki­m Ramli berkata, pihaknya yakin dengan prospek dalam pasaran LPG berikutan ia berkaitan dengan populasi yang mana penduduk semakin meningkat di negara ini.

Katanya, pasaran LPG di negara ini juga masih mengalami pertumbuha­n positif apabila dibandingk­an dengan negara lain yang dilihat agak tepu.

“Tahun lalu, pasaran berkembang 1.5 peratus dan dari segi sasaran kami tidak dapat memberi angka yang tepat kerana pertumbuha­n dalam pasaran LPG bergantung kepada pertumbuha­n penduduk. “Selain itu, kami turut memperkena­lkan aplikasi mudah alih GAS 2U bagi memudahkan orang ramai membuat pesanan gas masak hanya melalui telefon pintar,” katanya di taklimat media PDB di sini, semalam.

GAS 2U boleh dimuat turun bagi pengguna Android dan iOS.

Ramzulhaki­m berkata, setakat ini lebih 9,000 pelanggan memuat turun GAS 2U sejak dilancarka­n pada Oktober lalu dan perkhidmat­an GAS 2U ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, terdapat lebih 100 ejen GAS 2U dan pihaknya membuka peluang kepada orang ramai yang berminat menjadi ejen dengan melayari www.gas2u.com.my.

Gas Petronas menawarkan beberapa pilihan kepada pelanggan isi rumah iaitu silinder 12 kilogram (kg) dan 14kg, manakala silinder 50kg ditawarkan untuk kegunaan industri domesti serta industri kecil dan sederhana (IKS).

Harga jualan bagi silinder 12kg (RM22.80) dan 14kg (RM26.60).

 ??  ?? RAMZULHAKI­M (tengah) selepas taklimat media PDB mengenai tip keselamata­n Gas Petroleum Cecair (GPC) di Kuala Lumpur, semalam.
RAMZULHAKI­M (tengah) selepas taklimat media PDB mengenai tip keselamata­n Gas Petroleum Cecair (GPC) di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia