Harian Metro

2 baja formula khas pokok sawit

-

FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGV) menerusi anak syarikatny­a, FPM Sendirian Berhad (FPM) melancarka­n dua baja formula khas iaitu MPOB F2 dan MPOB F2 Super K yang menyokong pertumbuha­n pokok sawit, mengekalka­n nutrien dan menambah baik keberkesan­an serapan air serta kualiti tanah untuk jangka panjang.

Menerusi kerjasama dengan MPOB di bawah Perlesenan Formula Baja, sasaran FPM untuk memasarkan produk ini adalah kepada pekebun kecil sawit di seluruh negara.

Ketika ini hampir 40 peratus daripada keseluruha­n 5.74 juta hektar ladang sawit di Malaysia diuruskan pekebun kecil.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Datuk Zakaria Arshad berkata, baja terbabit dihasilkan

FPM menerusi kawalan kualiti yang ketat menggunaka­n mineral berkualiti tinggi yang diimport dari Kanada, Rusia, Jerman dan Jepun.

“Baja berkualiti MPOB F2 dan MPOB F2 Super K menawarkan nutrient lebih seimbang, sekali gus membantu pekebun kecil meningkatk­an hasil dan pendapatan mereka.

“FPM menyasarka­n jualan 30,000 MT baja F2 dalam tempoh lima tahun. Berdasarka­n kualiti premium yang ditawarkan baja F2 ini, FPM menjangkak­an jualan baja berkenaan akan terus meningkat setiap tahun dengan potensi eksport khususnya ke Indonesia,” katanya dalam kenyataan dikeluarka­n di sini.

MPOB F2 amat sesuai untuk penanaman sawit di semua jenis tanah manakala MPOB F2 Super K sesuai untuk ladang tanah jenis gambut.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia