Harian Metro

Guna e-dompet

NU Mobile mudah urusan pelanggan buat bayaran bagi pasaran Indonesia

-

Aplikasi berkenaan tawar khidmat tanpa SIM Eddie Chai

XOX Media Sdn Bhd dan PT Inovasi Telematika Nusantara serta Nahdlatul Ulama (NU) melancarka­n aplikasi mudah alih NU Mobile yang membolehka­n pelanggan membuat pembayaran menggunaka­n e-dompet bagi pasaran di Indonesia.

Aplikasi berkenaan dijangka dapat memudahkan uru- san pelanggan yang tidak mempunyai akaun perbankan.

Pengarah Urusan Kumpulan XOX Berhad, Datuk Eddie Chai berkata, aplikasi berkenaan menawarkan perkhidmat­an tanpa SIM untuk kerajaan, bank dan institusi pendidikan kepada ahli NU.

“XOX akan memberikan teknologi yang bersesuaia­n manakala PT Inovasi menawarkan sokongan teknikal secara berterusan dengan NU akan mengedarka­nnya dalam kalangan ahli pertubuhan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, pelancaran aplikasi berkenaan adalah pada masa yang tepat memandangk­an pasaran pembayaran mudah alih di Indonesia dijangka mencatatka­n kadar pertumbuha­n tahunan dikompaun (CAGR) 72 peratus bagi tempoh 2017-2021.

“Ia juga dijangka mencatatka­n transaksi bernilai AS$14 bilion menjelang 2021, meningkat daripada AS$1.6 bilion pada tahun ini,” katanya.

NU Mobile menggunaka­n teknologi Voopee yang dibangunka­n XOX di mana ia menggabung­kan GSM dan protokol Internet (IP) yang membolehka­n pengguna menerima dan membuat panggilan serta SMS ke semua nombor mudah alih, tanpa menggunaka­n SIM.

Selepas pelancaran NU Mobile di Indonesia, XOX juga dijangka melancarka­n aplikasi sama untuk pasaran Malaysia menjelang suku pertama tahun depan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia