Harian Metro

Shell rai 10 pemenang Menang RM5,000 Hari-Hari

-

Malaysia meraikan 10 pemenang peraduan Menang RM5,000 Hari-Hari baru-baru ini dengan semua pemenang diberi peluang menikmati pelbagai produk yang ditawarkan di cawangan Shell seperti Fuel Shack, deli2go dan Tealive.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd and Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain berkata, pihaknya sentiasa meletakkan pelanggan sebagai perkara paling utama dan misi utama kami adalah untuk menjadikan perjalanan mereka lebih baik.

“Kerjasama yang dijalin dengan rakan strategik yang baru dan sedia ada membolehka­n kami terus memberi ganjaran hebat kepada pelanggan setiap kali mereka mengisi petrol atau membeli produk di stesen minyak Shell,” katanya.

Menurutnya, pihaknya turut mengumumka­n kerjasama dengan rakan strategik baru untuk tawaran lebih menarik.

“Mulai 20 November hingga 13 Disember ini, pelanggan yang mengisi petrol minimum RM30 berpeluang mendapatka­n diskaun untuk kunjungan ke Lost World of Tambun di Ipoh.

“Kami juga akan melancarka­n beberapa tawaran tambahan dalam beberapa minggu lagi,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Peraduan Menang RM5,000 Hari-Hari akan berakhir 7 Januari depan dengan pelanggan berpeluang memenangi RM5,000 yang ditawarkan setiap hari.

Ia dijalankan dengan kerjasama BonusLink dan pemenang turut menerima tambahan 50,000 mata ganjaran BonusLink.

 ??  ?? SHAIRAN Huzani
SHAIRAN Huzani

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia