Harian Metro

‘SAYA BAHAYA’

- AFP

 Charles Manson, ketua kultus psikopat meninggal dunia selepas empat dekad dipenjara

Ketua kultus psikopat, Charles Manson, yang merancang pembunuhan beramai-ramai selama dua hari termasuk seorang aktres Hollywood muda pada 1969, meninggal dunia dalam penjara pada usia 83 tahun selepas dijel selama empat dekad.

Manson yang dimasukkan ke hospital minggu lalu, ‘mati akibat sebab semula jadi’ pada jam 8.13 malam Ahad (waktu tempatan) di sebuah hospital di Daerah Kern, kata Jabatan Penjara dan Pemulihan California dalam satu kenyataan ringkas.

Debra Tate - adik perempuan aktres yang juga mangsa paling popular Manson, Sharon - memberitah­u portal berita hiburan TMZ bahawa dia menerima panggilan daripada pegawai penjara memaklumka­nnya mengenai kematian pembunuh itu

Sharon, 26, yang juga isteri pengarah filem Hollywood terkenal, Roman Polanski, sarat mengandung dan suaminya berada di Eropah ketika kejadian.

Manson sendiri tiada di tempat kejadian, tetapi mengarahka­n pembunuhan dilakukan.

Seorang pengikutny­a juga dikatakan minum sedikit darah Sharon sebelum menggunaka­nnya untuk menulis perkataan ‘babi’ pada pintu masuk rumah mangsa.

Manson terkenal sebagai seorang yang berkarisma tinggi dan bijak memanipula­si pengikutny­a, mengetuai kultus pada 1960-an yang melaksanak­an pembunuhan rawak di kawasan kejiranan kaya di Los Angeles, seterusnya mencetuska­n panik di bandar itu dan kawasan sekitarnya.

Pembunuhan itu menyasarka­n golongan kulit putih dengan harapan orang berketurun­an Afrika Amerika dipersalah­kan seterusnya mahu mencetuska­n ‘perang kaum’ yang. mampu mengakhiri kehidupan.

Kumpulanny­a digelar ‘Keluarga Manson’ melaksanak­an sekurang-kurangnya sembilan pembunuhan tetapi kematian tujuh orang pada 9 dan 10 Ogos 1969 paling diingati dan membawa kepada penangkapa­n serta pemenjaraa­n seumur hidup Manson.

Manson tidak pernah menunjukka­n kekesalan atas kejadian itu dan dihukum mati pada 1971 bersama empat pengikutny­a, sebelum hukuman ditukar kepada penjara seumur hidup.

Dia memohon parol 12 kali sepanjang pemenjaraa­nnya dan ketika permohonan terakhir pada 2012, dia sendiri mengaku kepada mahkamah bahawa ‘saya seorang yang berbahaya.’

Dalam satu temu ramah dari penjara pada 1981, Manson mengakui selesa di situ, malah menganggap sebagai rumahnya sendiri.

Manson keluar masuk penjara sejak usia muda sebelum menubuhkan ‘keluargany­a’ dan menjadi taasub dengan kumpulan The Beatles, malah memandang lirik lagu mereka dengan falsafah songsang termasuk lagu Helter Skelter yang dianggap membayangk­an perang perkauman besar-besaran.

 ??  ??
 ??  ?? MANSON ketika ditahan pada 1969 kerana pembunuhan beramai-ramai. - Daily Mail
MANSON ketika ditahan pada 1969 kerana pembunuhan beramai-ramai. - Daily Mail
 ??  ?? MANSON pada 2016.
MANSON pada 2016.
 ??  ?? SHARON
SHARON
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia