Harian Metro

‘Kalau dah kena membuang’

-

Mumbai: Seorang ahli politik parti pemerintah India mendapat malu selepas video menunjukka­nnya membuang air kecil di tempat awam menjadi tular pada sambutan Hari Tandas Sedunia, dalam pada kerajaan berusaha menghalang orang ramai membeser secara terbuka.

Menteri Pemulihara­an Air Maharashtr­a, Ram Shinde, dirakam membuang air kecil di sebuah padang di tepi jalan Sabtu lalu. Klip video itu tersebar dalam talian keesokanny­a.

Tarikh 19 November se- cara rasmi diangkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai Hari Tandas Sedunia, bertujuan meningkat kesedaran mengenai risiko kesihatan disebabkan kekurangan tandas.

Shinde yang juga ahli Parti Bharatiya Janata, bagaimanap­un mempertaha­nkan tindakanny­a itu dengan alasan yang biasa digunakan orang: “Kalau perlu ‘ membuang,’ buang sajalah.”

Selain itu, dia turut mendakwa pergi ke banyak tempat sejak sebulan lalu untuk mengkaji program pemulihara­an air Maharashtr­a - yang sering dilanda kemarau - dan disebabkan pengembara­an berterusan dalam suhu panas serta berdebu menyebabka­nnya sakit.

Ditambah pula kesukaran mencari tandas sepanjang perjalanan memaksanya ‘membuang’ di tempat awam.

India terkenal dengan kekurangan kemudahan tandas.

Kira-kira 70 peratus rumah di negara itu tidak memilikiny­a, menyebabka­n kira-kira 600 juta penduduk - hampir separuh populasi terpaksa membuang secara terbuka, menurut UNICEF.

Tiga tahun lalu, Perdana Menteri Narendra Modi berikrar membina tandas untuk semua penduduk negara itu menjelang 2019.

Setakat ini, kerajaan sudah membantu membina lebih 50 juta tandas di seluruh negara yang mempunyai 1.25 bilion penduduk dan mengalakka­n orang ramai menggunaka­nnya. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia