Harian Metro

Tak puas hati filem, mahu bakar aktres

-

New Delhi: Akibat kontrovers­i filem ‘ Padmavati’ - mengenai ratu Rajput legenda dibintangi pelakon Bollywood Deepika Padukone - satu kumpulan pelampau mengumumka­n menawarkan ganjaran 10 juta rupee (RM640,000) untuk sesiapa yang sanggup ‘membakar aktres itu hidup-hidup.’

Anggota Akhil Bhartiya Kshatriya Mahasabha (ABKM) yang dibentuk untuk mempromosi­kan kepentinga­n institusi sosial masyarakat India, membakar ratusan patung pengarah dan pelakon berkenaan yang yang memainkan watak ratu Padmavati pada hujung minggu lalu kerana tidak berpuas hati dengan gambaran diberikan filem berkenaan mengenai pemimpin legenda berkenaan.

Kumpulan berkenaan turut berarak ke pejabat pentadbira­n dan menghantar memorandum kepada majistret daerah menuntut menyekat pengeluara­n filem itu.

Pemimpin sayap pemuda ABKM, Bhuvneshwa­r Singh berkata: “Deepika patut tahu bagaimana rasanya dibakar hidup-hidup. Dia tidak pernah tahu pengorbana­n ratu itu. Sesiapa yang membakarny­a hidup-hidup akan diberikan 10 juta rupee.

“Kami menuntut supaya dibenarkan menonton filem itu sebelum ia disiarkan.”

Sementara itu, Pesuruhjay­a Polis, Rohit Singh Sahjawan berkata, aduan sudah dibuat mengenai perkara itu dan pihaknya kini menyiasat.

Filem berkenaan berdepan bantahan susulan khabar angin bahawa fakta se- jarah mengenai filem itu diubah suai.

Awal tahun ini, pengarah filem berkenaan Sanjay Leela Bhansali diserang anggota kumpulan pelampau Rajput, Karni Sena di Jaipur, malah set penggambar­an di bandar itu dan Kolhapur turut dirosakkan.

Berikutan kontrovers­i itu, golongan seni lain turut menyatakan sokongan terhadap Bhansali dan pasukannya dengan kebanyakan artis terkenal lain menyifatka­n kejadian sebagai serangan terhadap kebebasan untuk berkarya. - Agensi

Deepika patut tahu bagaimana rasanya dibakar hidup-hidup. Dia tidak pernah tahu pengorbana­n ratu itu. Sesiapa yang membakarny­a hidup-hidup akan diberikan 10 juta rupee”

Bhuvneshwa­r Singh

 ??  ?? DEEPIKA
DEEPIKA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia