Harian Metro

Akhirnya rasmi tangkap

Speaker ditahan badan antirasuah selepas drama elak ditahan sejak Khamis lalu

-

Speaker Parlimen Indonesia, Setya Novanto akhirnya ditahan secara rasmi berhubung kes penyelewen­gan besar-besaran negara itu, dipercayai menyebabka­n kerajaan kerugian AS$170 juta (RM710 juta), selepas mencetuska­n pelbagai ‘drama’ dalam usaha mengelak disoal siasat.

Setya, 62, yang sebelum ini berdepan dakwaan pemerasan, antara beberapa ahli politik yang didakwa menerima sogokan daripada dana projek kerajaan untuk mengeluark­an kad pengenalan elektronik baru (e-ID).

Dia ditahan untuk disoal siasat kelmarin, selepas mencetuska­n beberapa siri drama, termasuk tiba-tiba dimasukkan ke hospital - kononnya kerana kemalangan ketika mahu menyerah diri - sejurus selepas ‘hilang’ ketika serbuan dijalankan di rumahnya oleh penyiasat antirasuah.

“Kami akan mengambil langkah undang-undang yang termampu bagi menunjukka­n dia tidak bersalah dan kami akan terus melakukann­ya,” kata peguamnya Fredrich Yunadi.

Rabu lalu, pegawai dari Suruhanjay­a Pembasmian Rasuah (KPK) menyerbu kediaman mewahnya bernilai jutaan dolar di ibu negara.

Namun, kelibatnya tidak ditemui mencetuska­n pencarian besar-besaran berikutan kebimbanga­n dia meninggalk­an negara.

Dia dimasukkan ke di hospital di Jakarta lewat Khamis lalu mendakwa terbabit da- lam kemalangan - kononnya ketika mahu menyerah diri - tetapi doktor berkata kelmarin Setya tidak menunjukka­n tanda kecederaan serius dan sihat untuk disoal siasat.

Imej menunjukka­nnya memakai jaket oren yang biasa dipakai suspek rasuah, ditolak menggunaka­n kerusi roda dari hospital ke pusat tahanan.

Setya, ahli politik berpengaru­h dari Parti Golkar, pernah ditangkap kerana berbabit skandal rasuah.

Dia dipaksa meletak jawatan sebagai Speaker pada 2015 selepas dinamakan sebagai suspek kerana memeras ugut pegangan dalam syarikat lombong gergasi Amerika Syarikat, Freeport-McMoRan sebagai pertukaran meluaskan hak syarikat terbabit untuk terus beroperasi di kepulauan itu.

Dia bagaimanap­un dibebaskan daripada dakwaan itu dan jawatannya sebagai Speaker dikembalik­an pada 2016.

 ??  ?? SETYA (tengah) diserahkan kepada
KPK. - EPA
SETYA (tengah) diserahkan kepada KPK. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia