Harian Metro

Lari penjara guna jubin pecah, selimut

-

Dua puluh etnik Uighur Muslim China meloloskan diri dari pusat tahanan berhampira­n sempadan negara itu dengan Malaysia, selepas menggali lubang pada dinding dan menggunaka­n selimut untuk memanjat keluar, kata pegawai semalam.

Mereka yang melarikan diri itu sebahagian daripada kumpulan terakhir lebih 200 orang yang ditahan pada 2014.

Seramai 25 banduan menggali lubang pada dinding penjara menggunaka­n kepingan jubin pecah dan selimut untuk memanjat keluar bagi melarikan diri dari pusat tahanan di wilayah Songkhla, kata pegawai imigresen.

“Namun, lima daripadany­a berjaya ditangkap semula,” kata polis di pusat tahanan itu, Prasit Timmakarn, sambil menambah, hujan lebat turut menyebabka­n bunyi bising ketika kejadian tidak didengari.

Tambahnya, pihak berkuasa sudah menubuhkan pos pemeriksaa­n di sepanjang sempadan.

Anggota kumpulan itu menganggap diri mereka warga Turki dan meminta dihantar ke negara itu, tetapi lebih 100 orang dipaksa kembali ke China pada Julai 2015 - langkah yang mencetuska­n kritikan antarabang­sa termasuk daripada kumpulan hak asasi yang bimbang mereka berdepan penindasan di negara asal.

Ratusan orang terbunuh sejak beberapa tahun kebelakang­an ini di

Xinjiang, wilayah barat jauh di China, berikutan keganasan antara majoriti etnik China, Han dan Uighur, yang bercakap bahasa Turki.

Selama bertahun lamanya, ratusan atau mungkin ribuan etnik Uighur melarikan diri secara rahsia dari Xinjiang melalui Asia Tenggara ke Turki. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia