Harian Metro

Jerman makin dibelenggu krisis Paksa jika perlu

- Reuters

Berlin: Canselor Angela Merkel semalam mengumumka­n usaha mewujudkan kerajaan campuran gagal seterusnya meletakkan Jerman dalam krisis politik paling buruk sejak berdekad lalu yang turut membayangk­an kemungkina­n pilihan raya baru diadakan, selain mewujudkan tanda tanya terhadap masa depan pemimpin itu.

Parti properniag­aan, Demokrat Bebas (FDP) menarik diri daripada perbincang­an selepas rundingan selama lebih empat minggu yang tidak membawa sebarang penyelesai­an dengan blok konservati­f Angela dan parti alam sekitar Greens atas alasan tidak cukup titik persamaan antara mereka.

Dengan kepemimpin­an Jerman dilihat penting untuk Kesatuan Eropah (EU) yang berdepan pembaharua­n pentadbira­n dan proses pengeluara­n Britain, pengumuman pemimpin FDP, Christian Lindner mengenai pengundura­nnya mencetuska­n panik pelabur serta memberi kesan terhadap mata wang euro.

Susulan itu, Angela berkata, dia tetap bertindak sebagai pemangku canselor dan berbincang dengan Presiden Frank-Walter Steinmeier untuk tindakan seterusnya.

Kemungkina­n besar pilihan raya semula diadakan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Angela memberitah­u pemberita: “Hari ini kami perlu memikirkan secara mendalam apa hala tujuan seterusnya. Sebagai canselor, saya akan buat apa saja yang terdaya untuk memastikan negara ini terus diuruskan sebaiknya dalam tempoh beberapa minggu akan datang yang pasti mencabar ini.”

Kegagalan mewujudkan kerajaan campuran tidak pernah dilihat dalam sejarah praperang Jerman, malah akhbar Der Spiegel menyamakan kejutannya dengan pelantikan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan keputusan referendum Britain untuk meninggalk­an EU. - Reuters

Presiden Zimbabwe Robert Mugabe ‘punca ketakstabi­lan’ yang tidak menghormat­i kedaulatan undang-undang, selain penyebab kemelut ekonomi negara itu sejak 15 tahun lalu, dakwa parti pemerintah ZANU-PF dalam draf usul pendakwaan terhadap pemimpin berusia 93 tahun itu.

Parti itu membincang­kan pendakwaan Mugabe selepas had masa tengah hari semalam (waktu tempatan) tamat tanpa pemimpin berkenaan meletak jawatan dan menamatkan pemerintah­annya hampir empat dekad.

Jika berjaya, Mugabe mungkin diusir melalui undian di Parlimen dalam kurang sehari seterusnya menjadi penutup memalukan untuk kerjaya lelaki digelar ‘Lelaki Tua Hebat’ dalam arena politik Afrika yang pernah dianggap di seluruh benua itu sebagai wira antipemeri­ntahan kolonial.

Ketua whip ZANU-PF Lovemore Matuke memberitah­u Reuters, ahli Parlimen parti akan memulakan pendakwaan terhadap Mugabe dengan pendengara­n bersama Senat serta Perhimpuna­n Kebangsaan sebelum dihujahkan di depan jawatankua­sa sembilan senator diikuti satu lagi proses perhimpu- nan untuk mengesahka­n penyingkir­an melalui undian majoriti dua pertiga.

Bagaimanap­un, pakar perlembaga­an menjangkak­an ZANU-PF mendapat sokongan penuh semua pihak dan proses itu mampu diselesaik­an dalam kurang 24 jam.

Sumber kerajaan memberitah­u Reuters, Mugabe pada Ahad lalu bersetuju meletak jawatan, malah CNN melaporkan semalam surat peletakan jawatannya sudah disiapkan termasuk syarat untuk kekebalan baginya dan isteri, Grace, 52.

Sementara itu, Presiden

 Parti pemerintah mulakan proses dakwa Mugabe

Zambia Edgar Lungu menghantar bekas pemimpin negara itu, Kenneth Kaunda ke Harare untuk cuba memujuk Mugabe meletak jawatan ‘secara bermaruah.’

Bekas presiden berkenaan yang juga berusia 93 tahun tiba di Harare menaiki jet presiden.

Kejatuhan Mugabe itu mampu menggegark­an seluruh Afrika di mana negara lain seperti Uganda dan Republik Demokratik Congo juga sedang meletakkan tekanan terhadap pemimpin mereka untuk meletak jawatan.

Mugabe pernah dianggap ‘Gerila Ahli Fikir’ tetapi semakin lama imej itu berubah kepada diktator Afrika yang bangga mengakui memilliki ‘ijazah dalam keganasan.’

Semakin ekonomi negara itu merudum dan tentangan terhadap pemerintah­annya berkembang pada 1990-an, Mugabe mengukuhka­n kuasanya di negara di selatan Afrika itu dengan merampas ladang milik golongan kulit putih serta menggunaka­n tentera untuk menghalang pengkritik­nya, malah pernah menyuaraka­n mahu memimpin sehingga berusia 100 tahun.

 ??  ?? PELAJAR Universiti Zimbabwe memegang potret bekas Naib Presiden Emmerson Mnangagwa berarak di Harare mendesak ijazah kedoktoran isteri Mugabe, Grace, ditarik balik, selepas enggan menduduki peperiksaa­n sebagai tanda protes. - AFP
PELAJAR Universiti Zimbabwe memegang potret bekas Naib Presiden Emmerson Mnangagwa berarak di Harare mendesak ijazah kedoktoran isteri Mugabe, Grace, ditarik balik, selepas enggan menduduki peperiksaa­n sebagai tanda protes. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia