Harian Metro

Jendarata FC handal

- Ravale Savarinath­an sukan@hmetro.com.my

Jendarata FC mengunggul­i kejohanan bola sepak Liga Daerah Hilir Perak 2017 apabila menewaskan juara bertahan, UMNO Pasir Bedamar FC 3-1 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam masa penuh perlawanan di Stadium Mini, Teluk Intan, baru-baru ini.

Terdahulu, UMNO Pasir Bedamar dianggap sudah berada di ambang kemenangan apabila mendahului 1-0 seawal sepuluh minit perlawanan melalui penyerang, Ismail Mohamad Yusop namun Jendarata FC yang dibarisi dua pemain Piala Presiden Perak iaitu E Paranithar­an dan S Daya Naidu terpaksa berhempas pulas sebelum dapat menyamakan kedudukan ketika permainan berbaki 10 minit menerusi jaringan R Devan.

Kedua-dua pasukan gagal menjaringk­an gol sepanjang masa tambahan dan keputusan terpaksa di tentukan melalui penalti.

Paranithar­an, Dayanaidu dan Martin Lauge Bek Neilsen menjaringk­an gol melalui sepakan penalti selepas penjaga gol Jendarata FC, N

 Rentap ego UMNO Pasir Bedamar FC untuk muncul juara

Jayamanala­n berjaya menyelamat­kan tiga sepakan pemain pasukan UMNO Pasir Bedamar.

Sebelum itu, dalam aksi separuh akhir, Jendarata FC mengetepik­an cabaran Rintis FC 4-2 juga melalui sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan seri 2-2 dalam masa sebenar.

Dalam satu lagi perlawa- nan separuh akhir, UMNO Pasir Bedamar menewaskan Bhagia Steelbridg­e 3-1.

Jendarata yang pernah menjuarai liga Hilir Perak sebanyak empat kali dalam tempoh sepuluh tahun membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 berserta piala pusingan YB Datuk Mohd Azhar Jamaluddin manakala UMNO Pasir Bedamar pula terpaksa berpuas-hati dengan hadiah wang tunai RM4,000 berserta piala iringan.

Pasukan Rintis FC pula muncul pemenang tempat ketiga selepas menewaskan Bhagia Steelbridg­e FC 3-1 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.

Sementara itu, pemain Majlis Perbandara­n Teluk Intan (MPTI), S Savarimuth­u muncul penjaring terbanyak dengan tujuh gol, manakala pemain Bhagia Steelbridg­e FC, Shahrul Naim Shamsul Hisham dipilih sebagai Pemain Muda Harapan. Penjaga gol UMNO Pasir Bedamar, Paizal Lazaroo Zainon Adzin pula dipilih Pemain Terbaik Perlawanan Akhir.

Hadiah disampaika­n Ahli Dewan Undangan Negeri Changkat Jong, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Daerah Hilir Perak.

 ??  ?? PASUKAN Jendarata FC juara Liga Daerah Hilir Perak 2017.
PASUKAN Jendarata FC juara Liga Daerah Hilir Perak 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia