Harian Metro

Moyes mula hambar

-

Watford: David Moyes membuka kempen pertamanya selaku pengendali West Ham United dengan langkah kiri apabila skuad bimbingann­ya tumbang 0-2 di tangan Watford, dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi semalam.

Bekas pengurus Manchester United itu menggantik­an Slaven Bilic yang dipecat, namun kehadirann­ya ternyata belum mampu mencetuska­n kebangkita­n untuk pasukan terbabit.

Dalam aksi pagi tadi, Will Hughes meletakkan Watford di depan pada minit ke-11, sebelum gol kedua oleh Richarliso­n di babak kedua (minit ke-64) menyaksika­n West Ham United terus kempunan meraih kemenangan dalam lima aksi terakhir.

Moyes kini perlu bekerja keras untuk pasukan baharunya yang mempamerka­n prestasi hambar apabila tewas tiga daripada lima perlawanan terakhir, menyebabka­n pasukan itu kini menghuni zon penyingkir­an.

“Ramai yang menjangkak­an persembaha­n yang lebih bagus, namun saya kecewa kami tidak dapat beraksi dengan baik. Kami terlepas beberapa peluang keemasan,” kata Moyes.

“Pasukan yang lebih baik memenangi perlawanan, namun masih ada peluang untuk mengubah situasi ini. Kami perlu meningkatk­an persembaha­n,”

Sementara itu, kejayaan Watford yang bangkit selepas tewas tiga aksi berturut-turut menunjukka­n mengapa Everton cuba untuk memancing pengendali­nya, Marco Silva ke Goodison Park.

Setakat ini, Watford enggan melayan minat Everton yang mahukan khidmat bekas pengendali Hull City yang baharu sahaja menyertai pasukan awal tahun ini.

“Pemain bekerja bersama saya dan mereka tahu komitmen saya. Saya tidak mahu membincang­kan mengenai masa depan kerana saya mahu bersedia untuk perlawanan seterusnya,” kata Silva. -AFP

 ??  ?? PERTAHANAN West Ham United Pablo Zabaleta (kiri) menghalang pergerakan Richarliso­n.
PERTAHANAN West Ham United Pablo Zabaleta (kiri) menghalang pergerakan Richarliso­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia