Harian Metro

Birdie berganda Ariya julang trofi LPGA

-

Miami, Amerika Syarikat: Pemain Thailand, Ariya Jutanugarn menamatkan saingan dengan birdie berturut-turut untuk memenangi kejohanan penamat musim Kejuaraan Jelajah LPGA semalam manakala pemain Amerika Syarikat, Lexi Thompson meraih hadiah bonus AS$1 juta (RM4.2 juta) di sebalik kekecewaan di lubang terakhir.

Ariya mencatat birdie empat daripada enam lubang terakhir untuk mengumpul lima bawah par 67 pada pusingan akhir dan 15 bawah par keseluruha­n di Tiburon Golf Club di Florida.

“Kedi saya memberitah­u untuk melihat kepada senarai pendahulu jadi saya li-

(gambar)

hat dan berkata ‘ oh saya perlu melakukan putt ini,” kata Ariya mengenai penamat dramatikny­a.

“Saya terlalu gementar, tangan saya bergetar dan saya mula menangis apabila bola masuk.”

Lexi dan rakan senegarany­a Jessica Korda berkongsi tangga kedua, hanya satu pukulan di belakang manakala pemain Sweden, Pernilla Lindberg dan Ji Eun Hee dari Korea Selatan berkongsi tangga keempat satu pukulan lagi di belakang.

Lexi dilihat mampu merangkul kejuaraan, memerlukan tolakan dari jarak dua kaki untuk par pada lubang ke-18 sekali gus tiba ke rumah kelab dengan keputu- san yang mampu memberikan­nya kejuaraan.

Namun pemain nombor empat dunia itu terlepas, bola berlegar di permukaan lubang ketika dia berpuas hati dengan hadiah bonus musim Race to the Globe.

“Saya agak tertekan terlepas putt itu kerana saya tidak memandang ke arah kelompok pendahulu sepanjang hari,” kata Lexi.

Ariya kemudian menjadi pendahulu bersama di green kedua terakhir, kemudian mengatasin­ya dengan birdie keempat sepanjang hari di lubang terakhir bagi memastikan kejuaraan.

Ia kejuaraan ketujuh karier LPGA buat juara Terbuka British 2016 itu dan kedua tahun ini selepas Klasik Manulife, Jun lalu.

Dia bercadang membawa pulang ke Thailand hadiah kemenangan AS$500,000 (RM2.07 juta) dan menyambut hari jadi ke-22 Khamis ini. -

AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia