Harian Metro

Harap Kedah tak porak-peranda

- Izzali Ismail sukan@hmetro.com.my

Nidzam tak mahu isu lesen AFC rencat persiapan musim depan

Pengendali Kedah, Nidzam Adzha Yusoff berharap berita kegagalan Kedah mendapatka­n lesen AFC musim depan tidak mengganggu persiapan Helang Merah untuk melengkapk­an pasukan.

Beliau berkata, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) harus segera menyelesai­kan masalah itu seberapa daya yang boleh supaya perancanga­n membabitka­n persiapan pasukan untuk 2018 tidak terganggu dan berjalan lancar.

“Kedua-dua pihak KFA dan badan induk bola se- pak kebangsaan FAM perlu segera berbincang bagi mengelak tanggapan negatif yang dilemparka­n oleh peminat yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu.

“Walaupun hal ini di luar bidang saya, namun saya yakin kedua-dua pihak mampu menyelesai­kan hal ini dengan jalan dan ramuan terbaik tanpa membiarkan isu menjadi negatif.”

Nidzam yang membantu Kedah menjuarai Piala FA musim ini dan layak ke Piala AFC tahun depan bagaimanap­un tidak menuding jari kepada mana-mana pihak berikutan kegagalan Kedah mendapat lesen itu.

“Tak perlu kita membuat tuduhan melulu... kita perlu perhalusi dan faham bagaimana proses kegagalan mendapat kelulusan ini berlaku dan ia akan menjadikan pengajaran dan panduan pada masa akan datang.

“Yang penting FAM harus beri kerjasama melalui panduan dan kawalan terbaik untuk mendapatka­n lesen ini pada masa depan dan di pihak KFA pula harus menepati dan mengikut garis peraturan kan.”

Kelmarin, KFA menerima berita mengejutka­n apabila Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin mendedahka­n punca kegagalan Kedah mendapat lesen AFC disebabkan kegagalan mereka menghantar penyata kewangan yang sudah diaudit.

Penyata kewangan itu kriteria utama yang perlu dihantar oleh persatuan kepada badan induk berkenaan sebelum tarikh akhir seperti yang ditetapkan.

Sementara itu, Nidzam berkata, beliau juga masih menunggu siapakah ketua jurulatih baharu yang akan menggalas cabaran mengendali Kedah musim depan.

yang

ditetap-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia