Harian Metro

‘Helang Merah rugi’

-

Kelmarin, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dalam kenyataan menjelaska­n, KFA tidak mendapat lesen bertanding di peringkat AFC selepas gagal menghantar penyata kewangan beraudit kepada badan induk itu pada tarikh tutup ditetapkan.

Kegagalan Kedah itu mungkin membuka ruang kepada pasukan lain untuk mengisi slot berkenaan terutama Pahang yang muncul naib juara Piala FA 2017.

Azraai bagaimanap­un tidak mahu isu itu dijadikan medan untuk mencari salah sesiapa dalam KFA, sebaliknya ia perlu dijadikan iktibar agar tidak berulang.

“Saya tidak pasti di mana silapnya, adakah KFA mengambil mudah perkara ini atau berlaku salah komunikasi antara badan bola sepak itu dengan FAM.

“Tapi, jika menurut penjelasan FAM, mereka sudah memberi masa yang mencukupi untuk KFA menyelesai­kan isu ini, jadi masalah seperti ini tidak sepatutnya berlaku.

“Sekarang, tidak guna lagi untuk kita menuding jari atau mencari salah siapa. Cuma, saya berharap ia menjadi pengajaran kepada KFA untuk memastikan ia tidak berulang,” katanya.

Sebagai rekod, Kedah pernah beraksi sebanyak tiga kali di peringkat kelab Asia.

Penyertaan pertama mereka sebagai wakil Malaysia di Kejohanan Kelab Asia pada 1995 berakhir seawal pusingan pertama apabila dikalahkan oleh kelab Ilhwa Chunma dari Korea Selatan, dengan agregat 10-4.

Azraai yang memimpin pasukan itu pada Piala AFC 2008 berjaya mara ke suku akhir sebelum diketepika­n oleh kelab Bahrain, Al-Muharraq dengan agregat, 1-7.

Pada Piala AFC 2009, Kedah ditunjukka­n pintu keluar oleh kelab Binh Durong dari Vietnam di pusingan kedua dengan kekalahan 2-8.

 ??  ?? AZRAAI
AZRAAI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia