Harian Metro

Skuad Hang Tuah ‘panas badan’ di Vietnam

- Nazri Abu Bakar sukanteam@nstp.com.my

Melaka: Melaka United bakal berlepas ke Vietnam pada 4-12 Januari depan sebagai persediaan pramusim Liga Malaysia musim depan.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Melaka United ( MUSA) Noor Azman Rahman berkata, keputusan berkenaan dinyatakan Timbalan Presiden MUSA, Datuk Mohd Yusoff Mahadi selepas perbincang­an bersama ketua jurulatih Eduardo Almeida kepada persatuan berkenaan sebelum ini.

Katanya, semua pemain termasuk pegawai pasukan akan berada di Vietnam kira-kira 8 hari bagi menjalani latihan dan mengadakan tiga perlawanan persahabat­an dengan pasukan terbaik di negara terbabit.

Menurutnya, persediaan berkenaan diyakini mampu membentuk pasukan mantap menjelang saingan Liga Malaysia yang dijadualka­n bermula pada Februari 2018.

Musim ini, skuad bimbingan pengendali dari Aus- tralia Erric Williams mengadakan aksi persahabat­an dan persediaan pramusim di Kemboja dengan menguji pemain skuad terbabit ketika itu termasuk Amri Yahyah dan Sergio

Aguero dari Argentina.

Sementara itu, Yusoff berkata, keputusan ke Vietnam antara pendekatan bagi Almeida dan barisan pembantuny­a menguji pasukan selepas mengekalka­n sembilan pemain musim ini yang dicadangka­n panel kejurulati­han Melaka.

“Apa yang kami harapkan mereka akan membentuk gandingan keserasian yang pantas menjelang saingan pertama bermula kelak.

“Dengan persiapan semua pasukan amat rapi, kami juga mengharapk­an kunjungan berkenaan akan membuahkan hasil cemerlang sebagai persediaan penting buat Almeida membentuk barisan terbaik ,” katanya.

Bagi saingan 2018, skuad Hang Tuah hanya mengekalka­n import Korea, Jeon Woo Young dengan tidak menyambung kontrak Felipe de Souza (Brazil) , Marko Simic (Croatia) dan Jasmin Macenovic (Macedonia) dengan Melaka juga bakal diperkuatk­an dengan kehadiran import Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohammed Ghaddar.

Namun, sehingga kini pemain kelahiran Lubnan itu masih belum memberi kata putus kepada MUSA sehingga menimbulka­n tanda tanya berkaitan minat bekas pemain Kelantan itu menyarung jersi skuad Hijau Putih.

 ??  ?? ALMEIDA ketika sesi latihan Melaka United di Stadium Hang Tuah musim lalu.
ALMEIDA ketika sesi latihan Melaka United di Stadium Hang Tuah musim lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia