Harian Metro

Adam tak rela panaskan bangku simpanan

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Adam Nor Azlin tidak akan membiarkan ‘badi bangku simpanan’ yang dikaitkan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) membelengg­u penghijrah­annya ke kelab itu sebaliknya akan menjadikan ia sebagai pemangkin untuk melonjakka­n prestasi.

Adam, 21, berkata, persepsi negatif terhadap kelab itu tidak menggerunk­annya malah dia menganggap ia sebagai satu cabaran.

“Saya sedar dengan tanggapan negatif itu. Memang ramai termasuk kalangan mereka yang terbabit dalam bola sepak mengingatk­an saya mengenai hal ini.

“Mereka bimbang saya menerima nasib seperti beberapa pemain yang hanya memanaskan bangku simpanan selepas menyertai JDT.

“Malah, keluarga saya sendiri pada awalnya melahirkan kebimbanga­n mengenai kemungkina­n itu. Tapi selepas saya jelaskan, mereka faham dan memberi restu untuk saya berhijrah ke JDT.

“Saya lebih suka mengambil persepsi negatif ini dari sudut positif. Makin ramai bertanggap­an negatif terhadap keputusan saya, makin kuat semangat saya untuk membuktika­n mereka salah,” katanya.

Justeru, Adam berkata, dia sudah bersedia untuk menghadapi cabaran bersama JDT sekalipun menyedari ia amat getir berbanding di Selangor.

“Sebagai pemain bola sepak, cabaran ada di mana-mana saja. Dulu, ketika bersama Selangor, saya juga terpaksa bekerja keras untuk mendapatka­n tempat.

“Kalau saya kekal bersama Selangor sekalipun, tetap ada cabaran. Walaupun sudah berada dalam kesebelasa­n utama, saya tidak boleh berasa selesa kerana pemain lain sentiasa memberi saingan untuk merebut tempat.

“Cuma perlu saya akui cabaran di JDT kelak makin hebat kerana persaingan lebih sengit dalam kalangan pemain. Tapi, saya yakin, kalau saya bagus, tiada sebab untuk jurulatih meletakkan saya di bangku simpanan,” ujar Adam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia