Harian Metro

Enam pemandu teksi leka judi ditahan

-

Miri: Keasyikan enam pemandu teksi berjudi di stesen hentian teksi dekat Jalan Khoo Peng Loong di Sibu membawa padah apabila mereka ditahan polis dalam satu operasi bersepadu, Rabu lalu.

Serbuan itu adalah salah satu daripada 28 serbuan membabitka­n aktiviti perjudian yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dengan kerjasama 13 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di setiap daerah di negeri ini, bermula 13 November sehingga kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, selain penahanan keenam-enam pemandu teksi itu, turut dirampas wang tunai hasil perjudian RM185.

“Sepanjang operasi itu, sebanyak 24 lagi serbuan membabitka­n perjudian nombor ramalan tidak berlesen, dua serbuan perjudian laga ayam dan satu serbuan membabitka­n premis tambah nilai kredit perjudian.

“Seramai 45 individu iaitu 33 lelaki dan 12 wanita yang berusia antara 16 hingga 69 tahun ditahan dalam serbuan itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dev berkata, bagi serbuan perjudian nombor ramalan tidak berlesen, sebanyak RM4,836 wang tunai dirampas, selain telefon bimbit, pencetak serba guna, kalkulator dan kertas catatan pertaruhan.

“Manakala bagi serbuan di gelanggang sabung ayam, sebanyak lima ayam hidup dirampas bersama pelbagai peralatan perjudian.

“Semua individu yang ditahan dibawa ke IPD masing-masing untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Ordinan Pencegahan Penganiaya­an Terhadap Haiwan 1962.

“Sepanjang operasi itu, sebanyak 24 lagi serbuan membabitka­n perjudian nombor ramalan tidak berlesen, dua serbuan perjudian laga ayam dan satu serbuan membabitka­n premis tambah nilai kredit perjudian”

Dev Kumar

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia