Harian Metro

Panggilan jiran halang api merebak

-

Tindakan pantas jiran tetangga menghubung­i bomba menyelamat­kan deretan rumah teres di Taman Nelly, di sini, daripada musnah selepas sebuah rumah kayu berhampira­n perumahan itu terbakar, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.10 malam, rumah berstruktu­r kayu musnah 80 peratus dalam kebakaran dipercayai berpunca akibat litar pintas.

Difahamkan ketika kejadian, tiada penghuni di dalam rumah dan kebakaran disedari jiran selepas melihat asap tebal keluar dari tingkap.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.15 malam sebelum mengerahka­n dua jentera bersama tujuh anggota ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya di lokasi, kebakaran memusnahka­n lebih 50 peratus rumah dan operasi memadamkan kebakaran segera dilakukan.

“Kami berjaya mengawal api daripada terus merebak ke deretan rumah teres terletak hanya beberapa meter dari rumah itu.

“Api dikawal jam 9.30 malam sebelum operasi tamat satu jam kemudian,” katanya.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan siasatan untuk mengenal pasti punca serta jumlah kerugian masih dijalankan.

Seramai 40 pendatang asing tanpa izin (PATI) dicekup polis dalam Op PATI Bersepadu dan Cegah Jenayah di sekitar bandar raya ini, kelmarin.

Dalam operasi bermula jam 12.30 tengah malam, PATI berusia antara 10 hingga 60 tahun ditahan di lima lokasi berasingan di bandar raya ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, tumpuan operasi kali ini dijalankan di kawasan rumah sewa disewa PATI atau individu mencurigak­an.

“Operasi dijalankan selama 10 jam dan antara kawasan diserbu termasuk rumah setinggan di Teluk Layang Besar dan Bukit Nenas, rumah sewa di Sinsuran, Kampung Air serta Asia City.

“Kami menahan 121 warga asing dan mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk proses pemeriksaa­n dokumen pengenalan diri oleh Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) serta Jabatan Imigresen Malaysia (JIM),” katanya ke-

 ??  ?? API marak di kawasan rumah teres yang terbakar di Taman Nelly.
API marak di kawasan rumah teres yang terbakar di Taman Nelly.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia