Harian Metro

‘ Habuan’ biar premis beroperasi lebih masa

-

Labuan: Tindakan seorang lelaki membenarka­n pusat hiburan yang diurusnya beroperasi tanpa lesen dan melebihi waktu ditetapkan membawa padah apabila ditahan dalam satu serbuan di daerah ini, Jumaat lalu.

Dalam serbuan jam 2.35 pagi itu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan membuat pemeriksaa­n di sebuah premis di pusat bandar ini.

Ketua Polis Daerah Labuan, Asisten Komisioner Adzhar Othman berkata, ketika pemeriksaa­n mendapati premis itu masih beroperasi walaupun melebihi waktu ditetapkan.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut, premis itu beroperasi tanpa lesen perniagaan dan lesen hiburan. Seorang le- laki tempatan berusia 40 tahun dipercayai bertanggun­gjawab mengurus premis ditahan untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan media, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Adzhar berkata, semua pengunjung di pusat hiburan terbabit turut diperiksa.

“Seramai 33 pengunjung termasuk pekerja di premis itu diperiksa namun tiada yang ditahan.

“Selain itu, polismeram­pas pelbagai peralatan muzik digunakan ketika premis beroperasi,” katanya.

Katanya, kes disiasat me- ngikut Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutua­n 1992 yang boleh membawa hukuman denda tidak kurang daripada RM10,000 tetapi tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Adzhar turut menasihatk­an semua pengusaha pusat hiburan yang beroperasi di daerah ini supaya sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan dalam lesen perniagaan.

 ?? Adzhar ?? ADZHAR menyoal siasat pelanggan di pusat hiburan yang diserbu. Seramai 33 pengunjung termasuk pekerja di premis itu diperiksa namun tiada yang ditahan”
Adzhar ADZHAR menyoal siasat pelanggan di pusat hiburan yang diserbu. Seramai 33 pengunjung termasuk pekerja di premis itu diperiksa namun tiada yang ditahan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia