Harian Metro

Bina rumah kos rendah

- Amniera Naziera Amran hmkk@hmetro.com.my

Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan melalui Lembaga Pembanguna­n Perumahan dan Bandar (LPPB) bercadang membina rumah kos rendah di Pekan Baharu Sukau dalam masa terdekat.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Edris berkata, tapak projek berkeluasa­n lebih 14 hektar itu dikenal pasti seperti yang terkandung dalam pelan cadangan.

“Cadangan program pembanguna­n perumahan kos rendah ini dikemukaka­n dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) akan datang.

“Projek pembanguna­n ini akan diselarask­an dengan program pembanguna­n jabatan atau agensi kerajaan lain di Pekan Baharu Sukau,” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Saddi Abdul Rahman (BN- Sukau) berhubung rancangan kerajaan negeri membina rumah kos

 LPPB mahu bangun perumahan mampu milik di Pekan Baharu, Sukau tak lama lagi

rendah di Pekan Baharu Sukau.

Selain itu, Zakaria berkata, LPPB bercadang membina perumahan mampu milik secara usahasama dengan pemaju swasta dalam masa terdekat.

“Pihak kerajaan mengalu-alukan cadangan pembanguna­n perumahan awam sama ada kos rendah atau mampu milik di pekan Baharu Sukau,” katanya.

Katanya, ia termasuk pembabitan agensi pembanguna­n perumahan seperti Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Perbadanan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M).

“Cadangan pembanguna­n perumahan di kawasan ini (Pekan Baharu Sukau) boleh dikemukaka­n kepada pihak kementeria­n untuk dipertimba­ngkan dan mendapat kelulusan,” katanya.

 ??  ?? KETUA Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman (tiga dari kanan) hadir pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, semalam.
KETUA Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman (tiga dari kanan) hadir pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia