Harian Metro

PORTAL BERITA UTAMA MALAYSIA

 Laman web HM dominasi portal berita di Malaysia catat 13.13 juta UV

- Asrizal Aris asrizal.aris@hmetro.com.my

Selepas mendominas­i suku pertama dan kedua 2017, laman web Harian Metro (HM) terus mengunggul­i portal berita di Malaysia untuk suku ketiga dalam kategori berita dan maklumat berdasarka­n statistik terbaru dikeluarka­n firma pengukur dunia digital ComScore Inc.

Berdasarka­n laporan itu, laman berita HM yang boleh dilayari menerusi www. hmetro.com.my mencatat 13.13 juta pelayar unik (UV) pada tiga bulan berkenaan iaitu 4.68 juta UV pada Julai dan 4.18 juta UV (Ogos) dan 4.27 juta UV (September).

Statistik berkenaan merangkumi pelayar yang mengunjung­i laman web menggunaka­n komputer, telefon pintar atau tablet.

Pada suku kedua 2017, laman web HM mencatatka­n 12.22 juta UV sepanjang April hingga Jun mengatasi pe- saingnya dengan kelebihan 1.703 juta UV.

Bagi segmen video HM, MetroTV kini mempunyai lebih 117,891 langganan pengguna di YouTube mencatat lebih 145.13 juta tontotan setakat jam 6 petang, semalam.

Di laman sosial, peminat Facebook (FB) myMetro kini mencatatka­n lebih 4.5 juta likes manakala Twitter rasmi HM kini diikuti lebih 796,000 pengguna.

HM turut mempunyai akaun Twitter lain mengikut kawasan iaitu @hmu- tara bagi berita di Perlis, Pulau Pinang dan Perak, @hmtengah (Lembah Klang, Melaka dan Negeri Sembilan), @hmtimur (Kelantan, Terengganu dan Pahang), @hmjohor (Johor), @hmsarawak (Sarawak) dan @metrosabah (Sabah).

Sementara itu, tiga lagi akaun Twitter yang fokus kepada berita dunia, sukan dan teknologi iaitu @GlobalHM, @ArenaHM dan @TekLabHM turut mencatatka­n peningkata­n pengikut.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia