Harian Metro

Malakoff, TNB erat silaturahi­m

- Pizan Mustapa sukanteam@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Bagi mengukuhka­n hubungan, Malakoff Corporatio­n Berhad (Malakoff) tampil dengan idea untuk mengadakan perlawanan persahabat­an bola sepak dan bola jaring bersama kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berlangsun­g di Padang Kelab Kilat TNB, Bangsar, baru-baru ini.

Seramai 60 pemain dan penyokong terbabit dalam penganjura­n kali ini yang bertujuan mengeratka­n lagi silaturahi­m antara warga kerja Malakoff dan TNB menerusi aktiviti sukan.

Pengurus Kanan, Perhubunga­n Korporat & Pengurusan Pihak Berkepenti­ngan Malakoff, Md Yuha Ismail berkata, program sukan seperti itu dapat mengeratka­n hubungan kedua-dua pihak selain mampu mencungkil bakat warga kerja.

“Program seperti ini bertujuan mengeratka­n lagi silaturahi­m antara warga kerja Malakoff dan TNB serta dapat melihat bakat-bakat terpendam mereka disamping menggalakk­an budaya hidup sihat menerusi aktiviti sukan,” katanya.

Dalam acara bola sepak, ketangkasa­n dan kehebatan pasukan TNB nyata tidak dapat ditandingi, namun Malakoff tetap mempamerka­n aksi cemerlang menangkis serangan tuan rumah walaupun terpaksa akur dengan kekalahan 1-2.

Manakala bagi aksi bola ja- ring, TNB sekali lagi mempamer permainan konsisten apabila menundukka­n Malakoff dengan keputusan 23-9.

Turut hadir memberi sokongan, Pengurus Kanan, Business Partner Communicat­ion TNB, Samsul Arifin Zainuddin.

 ??  ?? PASUKAN bola sepak Malakoff dan TNB bergambar bersama.
PASUKAN bola jaring TNB dan Malakoff pamer kehebatan.
PASUKAN bola sepak Malakoff dan TNB bergambar bersama. PASUKAN bola jaring TNB dan Malakoff pamer kehebatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia