Harian Metro

30 MENU 30 MINIT

 Kaedah cepat inovasi cef terhebat catat nama dalam Malaysia Book of Records

- Mohamed Sahidi Yusof am@hmetro.com.my

Kehebatan seorang cef menyediaka­n 30 menu masakan dalam tempoh kurang setengah jam berjaya mencatatka­n namanya di dalam Malaysia Book Of Records

(MBOR) .

Mohamad Faidzul, 48, dari Skudai, Johor mempamerka­n kehebatan itu pada Karnival Industri Asas Tani, Keusahawan­an dan Kerjaya Jeli 2017 yang berakhir semalam.

Katanya, kaedah cepat itu hasil inovasi pemprosesa­n makanan yang menjimatka­n masa tukang masak untuk menyediaka­n pelbagai menu masakan.

“Konsep digunakan hanya panaskan air, masukkan ramuan (hasil inovasi), masukkan bahan yang ingin dimasak dan dalam tempoh satu hingga dua minit masakan berkenaan boleh disajikan.

“Ia bukan hanya berguna kepada cef, tetapi mereka yang tidak pandai memasak pun boleh mencuba kaedah itu,” katanya.

Sijil pengesahan MBOR itu disampaika­n Timbalan Pengurus Besar MBOR Mohamed Alex Edward dan disaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Balah Datuk Abdul Aziz Derashid.

Sementara itu, Ketua Jabatan Sains Berasaskan Agro, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Madya Dr Lukman Ismail berkata, hasil inovasi bagi menyediaka­n masakan secara lebih cepat itu akan diperkemba­ngkan kepada masyarakat dari semasa ke semasa.

“Kaedah ini mempunyai potensi cukup besar kerana bukan hanya menjimatka­n masa, malah boleh mengurangk­an bilangan tenaga kerja ketika memasak.

“Setakat ini kaedah hasil inovasi itu hanya dipraktikk­an sebuah syarikat pembekal makanan di Serdang, Selangor,” katanya.

FAKTA

Sijil pengesahan MBOR disampaika­n Timbalan Pengurus Besar MBOR Mohamed Alex

Edward

 ??  ??
 ??  ?? MOHAMAD bersama sijil MBOR selepas berjaya menyediaka­n 30 masakan dalam tempoh kurang 30 minit.
MOHAMAD bersama sijil MBOR selepas berjaya menyediaka­n 30 masakan dalam tempoh kurang 30 minit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia