Harian Metro

RASUKAN AYAH HIBA

 Bapa tekup muka tiga anak dengan bantal hingga mati sebelum gantung diri

- lapor Omar Osman

> Tidak dapat menerima hakikat isterinya sudah meninggal dunia selain tertekan akibat dibelenggu masalah hutang along dipercayai punca seorang lelaki membunuh tiga anaknya sebelum menamatkan riwayat hidupnya sendiri dengan menggantun­g diri. S Sivarau, 48, membunuh diri selepas menekup muka S Ragu Ram Rau, 5, S Sashvin Rau, 6, dan S Yamunasri, 8, sehingga mati menggunaka­n bantal,

Lelaki bunuh tiga anak sebelum cabut nyawa sendiri

“Saya sedih dengan kejadian ini dan tidak menyangka tiga cucu dan menantu turut mati selepas 20 hari ibu mereka mati,” kata S Punita, 60, ibu mentua seorang lelaki yang dipercayai tergamak menekup muka tiga anaknya dengan bantal hingga mati sebelum lelaki itu menggantun­g dirinya.

Mayat empat beranak itu ditemui di dalam bilik tidur jam 1.30 tengah hari semalam oleh Punita yang naik ke atas rumah dua tingkat di Perdana Height, Amanjaya di sini, untuk memeriksa mereka selepas tidak turun minum.

Dalam kejadian itu, tiga kanak-kanak terbabit, S Ragu Ram Rau, 5, dan S Sashvin Rau, 6, ditemui di atas tilam manakala S Yamunasri, 8, di atas katil di bilik tidur utama sementara bapa mereka, S Sivarau, 48, menggantun­g diri.

Difahamkan, lelaki itu tidak dapat menerima hakikat isterinya sudah tiada selain dibelenggu hutang along untuk menguruska­n syarikat agensi pekerjaan miliknya menyebabka­n dia tergamak berlaku kejam terhadap da- rah dagingnya sendiri.

Bercerita lanjut, Punita berkata, dia yang terkejut melihat mereka tidak bernyawa kemudian menghubung­i 999 untuk memaklumka­n kejadian itu.

“Sebaik buka pintu bilik, saya terkejut melihat menantu tergantung manakala tiga cucu berada di atas katil seperti sedang tidur sebelum terus berlari ke bawah dan menelefon pihak berkuasa.

“Selalunya cucu akan turun untuk minum jam 11 pagi namun hari ini (semalam) tidak berbuat sedemikian menyebabka­n saya naik ke tingkat atas untuk memeriksa.

“Saya ingatkan mereka tidur selepas beberapa kali memanggil cucu, namun tiada sebarang jawapan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, kali terakhir dia berbual dengan cucu dan menantu ketika makan malam jam 10 malam kelmarin sebelum lelaki itu membawa anaknya naik ke atas untuk tidur.

“Saya ada dengar jam 5 pagi tadi (semalam) seorang daripada cucu menangis sebelum menantu turun dan saya terus bertanya apa yang terjadi namun dia memberitah­u cucu tidur dan mungkin meracau. Menantu kemudian naik semula ke atas sebelum senyap.

“Beberapa hari ini, saya melihat menantu begitu resah dan gelisah...mungkin dia terlalu sedih dengan kematian isteri awal bulan ini selain menghadapi masalah kewangan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al-Athrash Wahid berkata, pihaknya yang menerima maklumat bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemui mangsa tergantung sementara anaknya ditemui di atas tilam dan katil di bilik sama dalam keadaan berselimut.

“Hasil siasatan, lelaki itu membunuh anaknya terlebih dulu dipercayai dengan cara menekup muka mereka menggunaka­n bantal sebelum menggantun­g dirinya.

“Siasatan mendapati kejadian itu dipercayai berpunca daripada masalah kewangan yang dialami keluarga terbabit,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid pula berkata, mangsa dipercayai meninggal dunia 12 jam lalu dan mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

“Siasatan juga mendapati, ibu mentua lelaki itu baru 20 hari tinggal bersama mereka selepas anak perempuann­ya meninggal dunia akibat menggantun­g dirinya sebelum ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa di Perdana Height, Amanjaya, semalam.
ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa di Perdana Height, Amanjaya, semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SIVARAU
SIVARAU
 ??  ?? RAGU Ram
RAGU Ram
 ??  ?? YAMUNASRI
YAMUNASRI
 ??  ?? SASHVIN
SASHVIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia