Harian Metro

BUDAK 5 TAHUN TAGIH SYABU

- Nor Amalina Alias am@hmetro.com.my

 Pemilik kedai Tiey Beauty Rich rugi RM500 barangan kosmetik dicuri tiga wanita

“Saya viral bukan mahu aibkan pencuri tetapi mahu mereka insaf dan jadi peringatan buat orang lain,” kata pemilik kedai kosmetik Tiey Beauty Rich, Siti Rahmah Mohd Hasan, 24, selepas barang kosmetik bernilai RM500 dicuri tiga wanita termasuk seorang wanita berusia 50-an di Pantai Irama, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, perbuatan tiga wanita berusia lingkungan 50-an, 20-an dan belasan tahun itu yang masuk ke premis itu dengan dua lagi kanak-kanak berusia tiga dan empat tahun berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 25 minit di dalam kedai terbabit.

Mereka dilihat mencuri dengan mengambil produk dan menghulur kepada rakan mereka sebelum dimasukkan ke dalam beg besar di depan dua kanak-kanak terbabit

Siti Rahmah berkata, mereka masuk ke kedai sebanyak dua kali iaitu jam 3 petang untuk membeli pengasah celak mata sebelum masuk kali kedua untuk membeli susu kambing.

Katanya, wanita berusia 50-an itu berpura-pura ber- bual dengannya sebelum dua lagi wanita itu memasukkan beberapa barangan ke dalam beg yang mereka bawa.

“Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa sebelum menyedari salah satu produk tiada di dalam rak ketika mahu membuat pengisian se- mula di dalam kedai.

“Saya terus memeriksa CCTV dan mendapati mereka mencuri beberapa barangan kosmetik termasuk minyak wangi, bedak asas, lipstik dan banyak lagi dengan kerugian lebih RM500,” katanya ketika ditemui di kedainya, semalam.

Menurutnya, sebelum ini kumpulan wanita itu sudah beberapa kali datang ke kedainya namun ini adalah kali pertama dia menyedari kehilangan barang.

“Saya perasan kerana wanita itu mempunyai parut pada wajahnya, tambahan pula dia selalu berbual dengan saya, jadi saya berharap mereka datang ke kedai untuk membayar ganti rugi dan insaf dengan perbuatan mereka,” katanya yang sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­dan Nik Aminuddin Raja Abdullah mengesahka­n menerima laporan berhubung kejadian.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

 ??  ??
 ?? Siti Rahmah Mohd Hasan ?? Saya berharap mereka datang ke kedai untuk membayar ganti rugi dan insaf dengan perbuatan mereka”
SITI Rahmah menunjukka­n gambar kamera litar tertutup tiga wanita yang mencuri di kedai kosmetik miliknya.
Siti Rahmah Mohd Hasan Saya berharap mereka datang ke kedai untuk membayar ganti rugi dan insaf dengan perbuatan mereka” SITI Rahmah menunjukka­n gambar kamera litar tertutup tiga wanita yang mencuri di kedai kosmetik miliknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia