Harian Metro

GADIS JAGA 6 BERADIK

- Mohd Khidir Zakaria am@hmetro.com.my

 Gadis pegang tanggungja­wab jaga enam adik masih bersekolah selepas ibu meninggal dunia, bapa menghilang­kan diri

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Begitulah keperitan dilalui seorang gadis yang terpaksa mengambil alih tanggungja­wab sebagai ketua keluarga selepas kematian ibu yang menghidap penyakit paru-paru berair, lima bulan lalu.

Pengorbana­n gadis yang berasal daripada keluarga susah itu menjaga enam adik begitu memeritkan­nya namun dilalui demi memastikan mereka mendapat perhatian dan pendidikan.

Nurul Natrah Norzaid, 20, berkata, arwah ibu meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Jun lalu.

Katanya, sejak itu dia terpaksa bekerja sebagai jurujual di pasar raya di sini, bagi menampung perbelanja­an rumah dan persekolah­an empat adiknya.

Menurutnya, Nurul Amalina Amran, 16, Muhamad Farid Daniel, 15, Nurul Farisha, 12, dan Muhamad Faliq, 11, bersekolah manakala dua adiknya Muhamad Fikram, 6, dan Nur Qaseh, 2, dijaga datuk mereka di Paroi, apabila dia keluar bekerja.

“Saya dan enam adik berlainan bapa, tetapi saya menyayangi mereka sepenuh hati kerana mereka tetap keluarga saya. Saya mengambil tanggungja­wab menjaga mereka kerana bapa tiri gagal dikesan selepas kematian ibu.

“Walaupun pendapatan saya rendah dan kadang kala tidak cukup untuk memberi adik perbelanja­an ke sekolah, namun mereka memahami dan tidak merungut,” katanya di rumahnya di Taman Angsa Mas, Mambau di sini, semalam.

Nurul Natrah ditemui ketika menerima kunjungan dan sumbangan daripada Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (PERKASIH N9).

Menurutnya, dia bersyukur masih mempunyai datuk iaitu bapa kepada arwah ibunya yang sentiasa mengambil berat dan membantu meringanka­n bebannya.

“Saya nekad terus menjaga mereka selagi terdaya. Saya berharap mereka berjaya dalam pelajaran kerana hanya pendidikan boleh mengubah nasib keluarga kami,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? NURUL Natrah (kiri) bersama empat daripada enam adik yang dijaganya selepas ibu mereka meninggal dunia.
NURUL Natrah (kiri) bersama empat daripada enam adik yang dijaganya selepas ibu mereka meninggal dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia