Harian Metro

Apabila hilangnya keberkatan waktu

-

Sedarkah kita, setiap kali melakukan perkara berkaitan ibadat seperti membaca al-Quran, berzikir atau pergi ke kuliah agama, masa yang berlalu terasa begitu lama.

Berbeza pula sekiranya kita asyik melakukan perkara ‘dunia’ yang menyeronok­kan seperti bermain permainan video atau melayari laman sosial, masa berjam-jam dihabiskan langsung tidak terasa.

Itulah situasi yang dikatakan Allah SWT menarik sebahagian waktu daripada manusia. Masa yang berputar sejak penciptaan bumi ini sebenarnya tetap sama.

Tiada seorang pun manusia di dunia ini berbeza bahagian waktu yang diperolehn­ya. Seminggu tetap dapat tujuh hari manakala dalam sehari jumlahnya tetap 24 jam.

Di akhirat kelak, antara keluhan utama yang disuarakan orang kafir adalah hilangnya keberkatan waktu. Al-Quran menceritak­an pada hari kiamat kelak, manusia merasakan hidup mereka di dunia begitu singkat sekali.

Dalam Surah Taha, ayat 103-104 bermaksud: “Mereka berbisik-bisik sesama sendiri: “Kamu telah tinggal hanya sepuluh sahaja. (Allah berfirman): Kami lebih mengetahui akan kadar masa yang mereka katakan itu manakala orang yang lebih tepat pendapatny­a di antara mereka berkata pula: “Tiadalah kamu tinggal melainkan satu masa yang amat singkat.”

Berbicara mengenai keberkatan waktu ini, contoh terbaik adalah bagaimana tokoh ilmuwan Islam yang disanjungi tinggi seperti Imam Ghazali dan Imam Nawawi yang mampu memanfaatk­an masa bukan saja kepada diri, bahkan untuk seluruh umat Islam di dunia ini.

Walaupun masingmasi­ng hanya hidup selama 55 tahun dan 45 tahun di dunia ini namun mereka berjaya menulis berjilid-jilid karya berharga untuk panduan umat Islam selepas ketiadaan mereka di dunia ini.

Justeru, apabila menyedari hidup sudah mula hilang keberkatan, umat Islam perlu menyusun dan mengurus masa dengan baik. Dahulukan yang lebih utama dan segera iaitu hal ibadat dan jangan biarkan ia bertindih dengan perkara lain.

Tanpa pengurusan waktu yang sempurna tidak mungkin seseorang itu mampu menggalas tugas dan tanggungja­wab dengan sempurna.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia