Harian Metro

Ketagihan Internet rosakkan generasi muda

-

Kajian menunjukka­n remaja berusia di bawah 18 tahun menghabisk­an hampir enam jam sehari untuk melayari Internet dengan 72 peratus daripada pengguna Internet adalah mereka yang berusia antara tujuh hingga 35 tahun.

Gejala dan budaya ketagihan yang melampau terhadap Internet seperti ini dikhuatiri boleh mengundang beberapa lagi sindrom kurang sihat dalam kalangan anak muda seperti masalah disiplin dan jenayah, tidak aktif beriadah, masalah mental, kurang bersosial, bersifat individual­istik dan tidak prihatin terhadap keperluan dan nilai masyarakat seperti tanggungja­wab sosial dan sikap belas kasihan.

Justeru, masalah ketagihan Internet dalam kalangan belia dan remaja perlu ditangani dengan bijak supaya kita dapat membentuk dan melahirkan generasi bukan saja celik teknologi dan pengetahua­n, tetapi pada masa sama tinggi akhlak dan akal budinya.

Umum sedar betapa pada zaman sekarang Internet sudah menjadi satu keperluan yang sangat mustahak dalam kehidupan seharian kita. Penulis yakin dan percaya ramai dalam kalangan kita umpama patah kaki jika tidak dapat akses kepada Internet walaupun untuk tempoh masa singkat.

Keadaan ini kerana Internet diperlukan untuk hampir semua kerja yang hendak kita lakukan, tambahan pula kita boleh melayari Internet melalui telefon pintar mahupun tablet pada bila-bila masa dan dari mana sekalipun. Ini ditambah pula dengan pelbagai kelebihan yang ada pada Internet terutama dalam membantu urusan kerja seharian di samping membantu memperoleh segala maklumat di hujung jari dalam sekelip mata.

Justeru, agak mustahil untuk kita menghalang orang ramai terutama belia daripada melayari Internet. Apa yang diperlukan ialah kawalan sewajarnya supaya anak kita tidak terlalu leka, ketagih mahupun salah guna Internet untuk pelbagai tujuan yang tidak mendatangk­an manfaat.

Bak kata pepatah, api ketika kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan. Begitulah juga analogi bagi Internet jika kita bijak menggunaka­nnya boleh mendatangk­an pelbagai kebaikan dan keuntungan, namun jika kita salah guna boleh mengundang pelbagai masalah dan musibah serta kemudarata­n.

Oleh itu, dalam soal kawalan terhadap ketagihan Internet dalam kalangan anak muda sudah tentu ibu bapa perlu memainkan peranan yang besar. Hal ini kerana kemudahan Internet ini kebanyakan­nya disediakan ibu bapa sama ada melalui jalur lebar di rumah mahupun dengan membelikan telefon pintar serta tablet. Eloklah ibu bapa memantau penggunaan Internet oleh anak-anak kita.

Tanggungja­wab kita tidak berhenti sekadar menyediaka­n kemudahan sebaliknya perlu memastikan mereka tidak salah guna kemudahan itu dan sudah semestinya kita tidak mahu anak kita leka melayari Internet sehingga mengabaika­n pelajaran, mengganggu hubungan dan interaksi sosial sesama ahli keluarga serta mempelajar­i perkara yang bukan-bukan melalui Internet hingga merosakkan masa depan mereka sendiri.

Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga ibu bapa perlu memantau sepenuhnya penggunaan Internet oleh anak mereka. Kita sedia maklum anak zaman ini agak sukar ditegur mahupun dikawal di mana lagi kita halang lagi galak mereka melakukann­ya. Jadi, kita perlu bijak dan tidak boleh terus menghalang mereka daripada menggunaka­n Internet kerana mereka akan rasa tercabar dan mula memberonta­k.

Apa yang perlu ialah mengajar anak untuk mengawal diri agar tidak ketagih dan tidak melayari laman web yang tidak bermanfaat. Didik mereka menjadi pengguna Internet yang bijak dan bertanggun­gjawab dengan mendedahka­n mereka kepada kesan buruk dan negatif Internet. Kita yakin anak muda lebih mudah dibentuk dan dilentur jika kena dengan cara dan gaya yang bersesuaia­n.

Walaupun agak mencabar, inilah tugas berat dan tanggungja­wab ibu bapa zaman digital ini. Ringkasnya, jangan terlalu keras dan tegas dalam mendidik mereka dan pada masa sama, tidak juga terlalu lembut dan manjakan anak sehingga kita sendiri merosakkan masa depan mereka.

Pada masa sama, pihak berkuasa dan masyarakat juga boleh memainkan peranan supaya sama-sama membantu menangani masalah ketagihan Internet dalam kalangan belia negara ini. Pihak berkuasa misalnya perlu secara konsisten dan proaktif menyekat segala laman web yang tidak bermanfaat dan boleh merosakkan pemikiran anak muda dan juga rakyat kita secara keseluruha­nnya. Gunakanlah segala peraturan dan undang-undang yang ada bagi menyekat akses ini demi kebaikan bersama.

Sudah tentu kita tidak mahu menjadi negara yang menyekat penggunaan Internet secara total, tetapi kita boleh mengawal tahap penggunaan­nya supaya tidak memudaratk­an dan meracuni pemikiran rakyat. Dalam konteks ini, masyarakat perlu dididik dan disedarkan betapa kebebasan ada hadnya dan kebebasan secara mutlak boleh mengundang pelbagai risiko dan kemudarata­n baik kepada diri, keluarga, masyarakat dan juga negara.

Pada masa sama, masyarakat juga perlu lebih prihatin supaya dapat membantu menangani masalah ketagihan Internet ini. Misalnya jika kita dapati ada remaja yang lepak terlalu lama di pusat Internet mahupun kafe siber dengan menyalah guna Internet wajar dilaporkan kepada pihak berkuasa dengan segera. Biar pihak berkuasa ambil tindakan terhadap remaja terbabit dan juga pusat siber yang tidak bertanggun­gjawab. Kita tidak boleh membiarkan peniaga yang tamak dan rakus merosakkan anak muda kita. Tambahan pula sudah terlalu banyak kes judi dan permainan atas talian yang dilaporkan mula merosakkan masyarakat kita.

Justeru, sama-samalah kita prihatin mengenai isu ini sebelum terlambat. Sesungguhn­ya kita mahu rakyat kita celik Internet, tapi bukan sehingga ketagih dan salah guna. Justeru, elemen didikan dan panduan penggunaan Internet secara berhemah perlu diterapkan oleh semua pihak di setiap peringkat yang berkaitan supaya ia menjadi satu budaya sihat dalam kalangan masyarakat.

Penulis Timbalan Pendaftar Fakulti Kejurutera­an UPM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia