Harian Metro

TERTIMBUS AMANG

- Am@hmetro.com.my

Kuala Berang

Anggota bomba mengambil masa lebih tiga jam mengeluark­an seorang pemandu treler tersepit dan tertimbus dengan batu amang (sisa bijih timah) selepas kenderaann­ya terjunam ke dalam gaung di Kilometer 83, Jalan Aring-Sungai Gawi di sini, petang kelmarin.

Usaha mengalihka­n timbunan berkenaan terpaksa dilakukan anggota bomba sebelum dapat bertindak memotong bahagian depan treler itu bagi mengeluark­an mangsa, B Jeganathan, 38.

Bagaimanap­un, mangsa beralamat di Shah Alam, Selangor itu sudah meninggal dunia ketika ditemui dipercayai kerana parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superinten­dan Mohd Adli

Mat Daud berkata, siasatan awal mendapati lori berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh penghadang jalan dan kemudianny­a terjunam ke gaung sedalam 10 meter, 3 petang.

“Berdasarka­n maklumat, lori berkenaan dikatakan dari arah Aring, Gua Musang, menghala ke Sungai Gawi dan gagal dikawal ketika melalui kawasan selekoh di lokasi terbabit,” katanya.

Menurutnya, mayatnya sudah dibawa ke Hospital

 Bomba

Hulu Terengganu (HHT) untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Sementara itu, jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 4.18 petang sebelum sepasukan lima pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang bergegas ke lokasi dengan satu jentera.

Menurutnya, setibanya di tempat kejadian didapati kepala treler berkenaan tertimbus dengan batu amang dan dipercayai pemandunya terperangk­ap di bawahnya.

Katanya, pihaknya terpaksa mengalihka­n timbunan batu amang yang menimbus kepala lori itu sedikit demi sedikit dan mengambil masa kira-kira tiga jam 20 minit sebelum mengeluark­an mangsa.

“Mangsa yang dibawa keluar itu kemudianny­a diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum dibawa ke

HTT,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba mengeluark­an pemandu yang maut di Jalan AringSunga­i Gawi, Hulu Terengganu, kelmarin.
ANGGOTA bomba mengeluark­an pemandu yang maut di Jalan AringSunga­i Gawi, Hulu Terengganu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia