Harian Metro

Jalan kaki 12 jam

-

400 peserta tempatan, antarabang­sa sahut cabaran

“Sukan ini salah satu daripada jenis latihan ketahanan badan selain menguji kekuatan mental peserta untuk menamatkan pertanding­an.

“Saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memberikan yang terbaik dalam pertanding­an ‘The First Walk 2018’ ini.

“Saya ke sana membawa nama serta mewakili negara dan tidak mahu menghampak­an harapan ramai,” katanya yang juga pelari maraton.

Pertanding­an Jalan

Kaki 12 Jam MKH Kajang Antarabang­sa disertai

400 peserta tempatan dan antarabang­sa dari pelbagai negara dari Australia, Kanada, Hong Kong, India, Japan, Singapura dan United Kingdom bagi menyahut cabaran berjalan kaki selama 12 jam di sekitar bandar Kajang.

Acara bermula jam 8 malam pada hari Sabtu 11 November dan tamat jam 8 pagi hari Ahad 12 November lalu.

Sementara itu, peserta jalan kaki berpengala­man, Abdul Wahid Kassim, 72, berjaya melengkapk­an 80km dalam masa

12 jam dan sekaligus diumumkan pemenang bagi Kategori Lelaki Vateran.

Dalam pada itu Timbalan Pengarah Urusan MKH Berhad Datuk Benny Chen berkata, pertanding­an berkenaan adalah sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat syarikat terbabit.

“Kita gembira kerana program ini berjaya memberi kegembiraa­n selain menggalakk­an masyarakat mengamalka­n gaya hidup sihat menerusi acara lumba jalan kaki.

“Kita tidak menolak untuk menjadikan ia sebagai acara tahunan memandangk­an mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai,”katanya.

 ??  ?? KEGEMBIRAA­N terpancar di wajah peserta selepas berjaya menamatkan acara lumba jalan kaki.
KEGEMBIRAA­N terpancar di wajah peserta selepas berjaya menamatkan acara lumba jalan kaki.
 ??  ?? MARK (dua dari kanan) menerima hadiah utama dan replika cek selepas berjaya melengkapk­an lumba jalan kaki sejauh 88km.
MARK (dua dari kanan) menerima hadiah utama dan replika cek selepas berjaya melengkapk­an lumba jalan kaki sejauh 88km.
 ??  ?? PELBAGAI bangsa menyertai acara Pertanding­an Jalan Kaki 12 Jam MKH Kajang Antarabang­sa.
PELBAGAI bangsa menyertai acara Pertanding­an Jalan Kaki 12 Jam MKH Kajang Antarabang­sa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia