Harian Metro

Gotong-royong indahkan Bandar Enstek

-

TH Properties Sendirian Berhad (THP), anak syarikat milik penuh Lembaga Tabung

Haji terus mendekati masyarakat menerusi tanggungja­wab sosial korporat (CSR) menerusi penganjura­n GotongRoyo­ng Perdana

Bandar Enstek 2017 yang diadakan di

Pusat Komuniti Islam Bandar Enstek dan kawasan sekitarnya dengan kerjasama Majlis Perbandara­n Nilai.

Lebih 300 peserta daripada 21 taman perumahan dan penuntut pelbagai institut perniagaan serta pendidikan menyertai program berkenaan.

Program itu bertujuan menambah baik infrastruk­tur Bandar Enstek yang sedang pesat membangun demi kesejahter­aan penduduk selain memupuk hubungan lebih erat di antara masyarakat setempat, pemaju perumahan dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Inisiatif terbabit dilaksanak­an di bawah program Khidmat Bantuan Agenda Tempatan 21 (LA21) yang dikendalik­an Majlis Perbandara­n Nilai (MPN).

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan TH Properties, Nik Badrul Hisham Nik Hassan berkata, LA21 ialah pelan tindakan sukarela oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diguna pakai semua PBT di negara ini untuk membantu negara mencapai pembanguna­n lestari pada abad ke-21.

Beliau berkata, di bawah program itu PBT bekerjasam­a dengan masyarakat dan pihak berkepenti­ngan untuk menangani pelbagai isu membabitka­n orang ramai bagi mewujudkan persekitar­an bandar yang lestari serta selesa didiami.

“Bandar Enstek dirancang rapi sebagai sebuah bandar bersepadu menawarkan budaya hidup baharu dengan adanya pelbagai kemudahan memberi manfaat kepada masyarakat yang tinggal dan bekerja di sini.

“TH Properties bertekad memastikan kelestaria­n infrastruk­tur termasuk taman awam dan kawasan lapang di Bandar Enstek dapat meningkatk­an kualiti hidup pendudukny­a,” katanya.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Hasim Rusdi.

 ??  ?? HASIM bersama Nik Badrul Hisham mengecat pagar besi di Pusat Komuniti Islam Bandar Enstek.
HASIM bersama Nik Badrul Hisham mengecat pagar besi di Pusat Komuniti Islam Bandar Enstek.
 ??  ?? HASIM (kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Nik Badrul Hisham selepas perasmian Gotong-Royong Perdana
Bandar Enstek 2017.
HASIM (kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Nik Badrul Hisham selepas perasmian Gotong-Royong Perdana Bandar Enstek 2017.
 ??  ?? LEBIH 300 peserta daripada 21 taman perumahan dan penuntut menyertai program.
LEBIH 300 peserta daripada 21 taman perumahan dan penuntut menyertai program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia