Harian Metro

Serah kepada FAM

- Zulfaizan Mansor & Asrol Awang sukanteam.nstp.com.my

 Kevin akui FMLLP tiada hak tentu pasukan beraksi di Piala AFC

Pasukan mana yang akan beraksi dalam saingan Piala Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) tahun depan kini menjadi persoalan susulan Pahang menolak pencalonan sebagai pasukan kedua Liga Malaysia (Liga M) untuk bersaing dalam kejohanan peringkat Asia itu.

Keputusan kini terletak di tangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menamakan pasukan bagi mengisi slot itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam menjelaska­n pihaknya tiada kuasa untuk menentukan pasukan yang akan dipilih selepas Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Segala keputusan menamakan pasukan untuk ke kejohanan itu hanya boleh ditentukan oleh FAM dan FMLLP tiada kuasa untuk membuat keputusan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

JDT mengesahka­n tempat ke Piala AFC tahun depan selepas muncul juara Liga Super dan slot kedua sepatutnya menjadi milik Kedah yang menjuarai Piala FA tahun ini. Namun, kegagalan Kedah mendapatka­n lesen AFC menyaksika­n FAM menamakan Pahang yang juga naib juara Liga Super sebagai pengganti tempat Helang Merah.

Pahang bagaimanap­un membuat kejutan apabila menolak tawaran FAM dengan alasan mahu memberi fokus sepenuhnya kepada saingan liga tempatan dan difahamkan, hanya pasukan dalam kelompok enam teratas Liga Super yang boleh menyertai Piala AFC dengan FELDA United di kedudukan ketiga, Kedah (keempat), Perak (kelima) dan Selangor (keenam).

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) Norlia Abdul Manaf berkata, mereka ditawarkan menyertai Piala AFC menggantik­an Kedah menerusi surat FAM bertarikh 9 November lalu.

Bagaimanap­un katanya, tawaran itu ditolak menerusi surat balasan bertarikh 14 November.

“Keputusan itu adalah untuk memberi sepenuh perhatian kepada Liga Malaysia musim 2018,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Pengesahan PBNP itu menamatkan spekulasi skuad Tok Gajah menggantik­an juara Piala FA, Kedah yang gagal melepasi syarat pelesenan ditetapkan AFC.

Pahang kali terakhir tampil pada Piala AFC 2015 sebelum tersingkir di suku akhir.

 ??  ?? AKSI import Pahang Muhamadou Sumareh (tengah) ketika saingan Liga Super.
AKSI import Pahang Muhamadou Sumareh (tengah) ketika saingan Liga Super.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia