Harian Metro

Taktik berkesan

- Naqib Nor Said naqib@nstp.com.my

Penekanan taktikal menyerang membuahkan hasil buat Selangor apabila mara ke separuh akhir hoki wanita Piala Razak selepas meratah Johor 5-1 dalam aksi terakhir Kumpulan B, di Stadium Hoki Kuala Lumpur, semalam.

Pengendali Selangor, Ikmal Abdul Jabbar, berkata sejak dari awal beliau merancang taktikal terbabit dan hasilnya pemenang tempat ketiga tahun lalu itu memperoleh dua gol awal dalam tempoh seminit.

“Dua gol awal itu sangat membantu pemain saya beraksi dengan lebih tenang dan ia secara tak langsung memberi keyakinan kepada mereka menampilka­n aksi terbaik setakat ini.

“Memang saya menjangkak­an kemenangan besar tetapi lima gol itu adalah satu bonus dan saya berpuas hati dengan persembaha­n setiap pemain,” katanya selepas perlawanan. Lima gol Selangor pada aksi terakhir Kumpulan B itu dijaringka­n Nurul Safiqah Mat Isa pada minit ke-26, Eilya Fateha Eillias (27), Nor Afira Mohamad Ismail (34), Raja Norsharina Raja Shabuddin (42) dan Fatin Shafikah Mahd Sukri (55).

Gol sagu hati Johor pula disumbangk­an penyerang kebangsaan, Hanis Nadiah Onn pada minit ke-52.

Mengikut jejak langkah Selangor ke separuh akhir daripada Kumpulan B adalah naib juara musim lalu ATM yang mengatasi Melaka 1-0 menerusi jaringan Siti Rahmah Othman.

 Selangor mara separuh akhir selepas benam Johor

Di separuh akhir Selangor dijadualka­n bertemu naib juara Kumpulan A, Kuala Lumpur pada Jumaat ini, manakala satu lagi aksi mempertemu­kan ATM melawan juara bertahan, Pahang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia