Harian Metro

103 tangkapan FTF

- Ainul Durmahyant­y Durming hmkk@hmetro.com.my

 10 rakyat tempatan, 37 warga Indonesia dan 56 warga Filipina

Sebanyak 103 tangkapan direkodkan menerusi Operasi Maharlika, operasi bersama Malaysia, Brunei, Indonesia dan Filipina bagi mengekang kemasukan Pejuang Pengganas Asing (FTF) yang diadakan dua minggu, mulai 1 November lalu.

Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, tangkapan itu dibuat oleh pasukan keselamata­n negara dan membabitka­n 10 rakyat tempatan, 37 warga Indonesia dan 56 warga Filipina.

Beliau berkata, angka itu meliputi kes penyeludup­an warga asing dan barang kawalan di samping penceroboh­an nelayan asing di perairan negara.

“Kes disiasat mengikut Akta Pemerdagan­gan Orang dan Antipenyel­udupan Migran 2007, Akta Imigresen 1959/1963, Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Kastam 1967 dan Akta Perikanan 1985,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat penyelaras­an antara Polis Diraja Malaysia dan Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di Pangkalan Polis Marin (PPM) Lahad Datu, di sini, semalam. Hadir sama, Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din dan Komander ESSCOM, Datuk Hazani Ghazali.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, kejayaan operasi itu menunjukka­n bahawa kerjasama empat negara terbabit terbukti dapat mengurangk­an jenayah rentas sempadan di kawasan masing-masing.

“Ini menunjukka­n semua pihak serius dalam menangani masalah jenayah rentas sempadan di negara masing-masing. Selain itu, kita berharap supaya kerjasama dengan negara Barat dapat diperkukuh­kan lagi dari segi kepakaran teknologi maklumat,” katanya.

Pada 31 Oktober lalu, Malaysia, Brunei, Indonesia dan Filipina melancarka­n Operasi Maharlika, operasi bersama bagi mengekang kemasukan FTF ke negara masing-masing. Operasi diadakan dengan kerjasama Polis Antarabang­sa (INTERPOL) dan bertujuan meningkatk­an keupayaan pasukan keselamata­n negara terbabit dalam membantera­s aktiviti berkenaan.

Maharlika dalam bahasa Tagalog bermaksud pahlawan masyarakat Filipina di Luzon, Filipina. Menerusi kerjasama ini, INTERPOL memberi kemudahan kepada Malaysia bagi mengakses 75 juta data individu bagi memastikan maklumat diperoleh dalam waktu nyata

Ia sekali gus membolehka­n anggota penguat kuasa yang melakukan operasi menyemak rekod jenayah individu yang diperiksa. Dalam pada itu, Zulkifli berkata, masyarakat diminta memainkan peranan untuk menyalurka­n maklumat. Helah seorang lelaki menyorokka­n dadah dalam tin gula-gula tidak menjadi apabila perbuatann­ya itu dikesan polis yang melakukan serbuan di kuarters pekerja kilang papan di Kemena, di sini, Isnin lalu.

Lelaki berusia 26 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu, kira-kira jam 7.30 malam.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­dan Zulkipli Suhaili berkata, serbuan dilakukan selepas polis menerima maklumat awam berkaitan kegiatan lelaki itu yang dipercayai Kerajaan negeri tidak akan memandang sebelah mata kepentinga­n sekolah mubaligh di negeri ini, sebaliknya mengiktira­f peranan sekolah dalam memberi pendidikan berkualiti kepada masyarakat.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ketika kerajaan menumpukan perhatian menaik taraf sekolah daif di seluruh Sarawak, semua sekolah mubaligh juga tidak akan dilupakan.

Menurut beliau, peruntukan juga akan disediakan ke sekolah mubaligh yang dikenal pasti perlu mendapatka­n mengedar dadah di kawasan kilang berkenaan.

Menurutnya, hasil pemeriksaa­n di kuarters pekerja kilang terbabit, polis menemui satu tin gula-gula yang diletakkan di ruang tamu.

“Pemeriksaa­n lanjut mendapati tin gula-gula itu mengandung­i 21 plastik lut sinar berisi dadah syabu yang dianggarka­n seberat 8.5 gram bernilai RM1,000.

“Polis turut menemui satu kotak kecil mengandung­i plastik kecil dipercayai digunakan untuk membungkus dadah berkenaan sebelum diedarkan kepada pekerja kilang,” katanya ketika dihubungi, semalam. bantuan itu.

“Banyak sekolah mubaligh di Sarawak yang memerlukan program naik taraf, kerajaan negeri akan mengambil tindakan sewajarnya.

“Kami (kerajaan negeri) juga akan berbincang dengan kerajaan Persekutua­n bagi membantu sekolah mubaligh ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaik­an bantuan kepada Tadika St Faith, Gereja St Margaret,

Borneo Evangelica­l Mission, Gereja Roman Katolik dan Persatuan Gereja-Gereja Sarawak, di sini, semalam.

 ??  ?? ZULKIFLI bersama Ramli (kiri) ketika sidang media.
ZULKIFLI bersama Ramli (kiri) ketika sidang media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia