Harian Metro

Jaga tetap ke tali gantung

- BERNAMA

Mahkamah Rayuan semalam mengekalka­n hukuman mati yang dijatuhkan ke atas seorang pengawal keselamata­n kerana membunuh tiga anggota keluarga dengan memberi mereka minuman beracun dalam satu upacara sembahyang, lima tahun lalu.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Mohd Zawawi Salleh, Datuk Kamardin Hashim dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil sebulat suara menolak rayuan K Murugan terhadap sabitan dan hukuman mati.

Panel yang sama juga menolak rayuan Murugan dan mengekalka­n keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhka­n penjara 15 tahun kerana memberi minuman mengandung­i racun Paraquat yang boleh menyebabka­n kematian dua orang lagi.

Hakim Mohd Zawawi berkata, sabitan Murugan adalah selamat kerana bukti jelas menunjukka­n dia menyebabka­n kematian tiga anggota keluarga itu.

Beliau berkata, tidak ada sebab bagi mahkamah untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi.

Pada 20 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhka­n hukuman mati ke atas Murugan, 47, selepas didapati bersalah membunuh M Sakunthala, 64, dan dua anaknya, K Rajeswary, 29, dan K Manivannam, 33. Dia melakukan kesalahan itu di Taman Sri Ramal, Kajang, Selangor antara jam 10.30 malam pada 31 Mac 2012 dan jam 2.30 pagi pada 1 April 2012.

Murugan juga disabitkan oleh Mahkamah Tinggi atas dua pertuduhan memberi minuman mengandung­i racun Paraquat yang boleh menyebabka­n kematian suami Sakunthala, M Karuppanan, 66, dan anak perempuan mereka, K Malati,

 Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan tolak rayuan lelaki bunuh tiga ahli keluarga

32, di tempat, waktu dan tarikh yang sama.

Dia dijatuhi hukuman penjara 15 tahun bagi setiap pertuduhan dengan hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap pada 18 April 2012.

Sebelum kematian mereka, dia memberi keterangan kepada polis dengan mendakwa mereka diberi minum racun untuk diminum tertuduh. Ketiga-tiga mereka mendakwa Murugan sebagai orang yang datang ke rumah mereka untuk melakukan upacara sembahyang dan memberi kepada ketiga-tiga beranak itu air untuk diminum.

Ketika perbicaraa­n, Malati memberi keterangan keluargany­a diberi air untuk diminum tertuduh dan mereka semua pengsan.

Dia memberitah­u, dia sedar semula selepas terhidu bau gas dan mengejutka­n anggota keluargany­a untuk keluar dari rumah selepas melihat ruang tamu rumah terbakar.

Murugan diwakili peguam Azizzul Shariman Mat Yusoff sementara pendakwaan dijalankan timbalan pendakwa raya Tengku Intan Suraya Tengku Ismail.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia